Seksyen 27
Meter letak kereta bayar dan peraga yang rosak
Mana-mana orang yang meletak kereta di tempat letak kereta bayar dan peraga yang meter letak kereta bayar dan peraga tidak berfungsi atau rosak hendaklah memberitahu mana-mana pembantu letak kereta yang bertugas mengenai hal itu.
(2)
Apabila hal itu disahkan sebagaimana yang disebut dalam subperenggan
(1)
, pembantu letak kereta hendaklah mengeluarkan resit bayaran rasmi yang padanya hendaklah dicatat —
(a)
nombor pendaftaran kenderaan motor itu;
(d)
tarikh dan tempoh masa kenderaan motor itu dibenarkan diletak yang sama kadarnya dengan amaun wang yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam meter letak kereta bayar dan peraga itu; dan
(e)
menampalkan suatu salinan pendua resit itu pada cermin hadapan atau mana-mana bahagian kenderaan motor itu yang mudah dilihat.
552
[10hb Mei 2012
(3)
Pembantu letak kereta hendaklah menampalkan pada mana-mana meter letak kereta bayar dan peraga yang tidak berfungsi atau rosak suatu notis bagi maksud itu atau menutup meter letak kereta bayar dan peraga itu dengan suatu penutup atau dengan apa-apa cara yang difikirkan sesuai.
(4)
Dalam hal keadaan subperenggan (3), peruntukan perenggan 9 hingga 13
adalah terpakai mutatis mutandis ke atas petak letak kereta tersebut.
Kesalahan