/akn/my/act/amendment_act/2024/A1726

AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Amendment Act
Status
In force
Enacted
2024
Sections
42
Languages
MS · EN

Quick answer

About this amendment act

AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1726 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2

Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983

Open as pageSuggest a correction

[Akta 283], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam tajuk panjang dengan menggantikan perkataan

“penagih-penagih dadah” dengan perkataan “penagih dadah atau bahan dan penyalah guna dadah atau bahan”.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1726

AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN)

(PINDAAN) 2024

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1726

Seksyen 3

Pindaan tajuk Bahagian 1

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dalam tajuk Bahagian 1 dengan menggantikan perkataan “Bahagian 1” dengan perkataan “Bahagian I”.

Seksyen 4

Pindaan seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

“Penagih Dadah” dengan perkataan “Penagih dan Penyalah Guna

Dadah dan Bahan”.

Seksyen 5

Pindaan seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(i)

dengan memasukkan sebelum takrif “dadah berbahaya” takrif yang berikut:

‘ “bahan” ertinya mana-mana bahan yang dinyatakan dalam Jadual;’;

(ii)

dalam takrif “Ketua Pengarah”, dengan menggantikan perkataan “subseksyen (2)” dengan perkataan “seksyen 4 Akta Agensi Antidadah

Kebangsaan 2004 [Akta 638]”;

Suggest a correction

(iii)

dengan memasukkan selepas takrif “Lembaga

Pelawat” takrif yang berikut:

‘ “mengambil” termasuklah makan, mengunyah, menghisap, menelan, minum, menyedut atau memasukkan ke dalam badan dengan apa-apa cara atau melalui apa-apa cara jua;’;

Suggest a correction

(iv)

dalam takrif “pegawai”, dengan memasukkan selepas perkataan “Pegawai Pemulihan” perkataan

“, mana-mana pegawai Agensi yang dilantik di bawah seksyen 5 Akta Agensi Antidadah

Kebangsaan 2004”;

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan)

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

dalam takrif “Pegawai Pemulihan”, dengan menggantikan perkataan “subseksyen (2)” dengan perkataan “seksyen 27a”;

(vi)

dengan menggantikan takrif “penagih dadah”

dengan takrif yang berikut:

‘ “penagih dadah atau bahan” ertinya seseorang yang melalui penggunaan mana-mana dadah berbahaya atau bahan menunjukkan ciri-ciri ketagihan kepada dadah berbahaya atau bahan yang menjejaskan kawalan kendiri yang ditentusahkan melalui ujian;’;

Suggest a correction

(vii)

dengan memasukkan selepas takrif “pengamal perubatan berdaftar” takrif yang berikut:

‘ “penyalah guna dadah atau bahan” ertinya seseorang yang mengambil dadah berbahaya atau bahan ke dalam badan yang bukan bagi maksud perubatan atau tanpa preskripsi yang sah oleh pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar yang ditentusahkan melalui ujian;’;

Suggest a correction

(viii)

d e n g a n m e m a s u k k a n s e b e l u m t a k r i f

“Pusat Pemulihan” takrif yang berikut:

‘ “Pusat Khidmat” ertinya institusi yang ditubuhkan di bawah seksyen 10;’; dan

Suggest a correction

(ix)

dengan menggantikan takrif “ujian-ujian” dengan takrif yang berikut:

‘ “ujian” ertinya semua perbuatan atau tatacara yang dijalankan bagi maksud menentukan sama ada seseorang itu penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan.’; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

dengan memotong subseksyen (2).

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1726

Pindaan tajuk Bahagian 2

Suggest a correction

Seksyen 6

Akta ibu dipinda dengan menggantikan tajuk Bahagian 2

Open as pageSuggest a correction

dengan tajuk yang berikut:

“Bahagian II

RAWATAN DAN PEMULIHAN PENAGIH DADAH ATAU BAHAN

DAN PENYALAH GUNA DADAH ATAU BAHAN DI BAWAH

PERINTAH MAHKAMAH”.

Seksyen 7

Pindaan seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan

“penagih dadah” dengan perkataan “penagih dadah atau bahan dan penyalah guna dadah atau bahan”; dan

Suggest a correction

(b)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“penagih dadah” dengan perkataan “penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan”.

Pindaan seksyen 5

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Seksyen 5 Akta ibu dipinda dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan “penagih dadah” dengan perkataan “penagih dadah atau bahan dan penyalah guna dadah atau bahan”.

Seksyen 9

Penggantian seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 6 dengan seksyen yang berikut:

“Perintah

Majistret yang boleh dibuat ke atas penagih dadah atau bahan.

Quoted provision

Seksyen 6

Suggest a correction

(2)

Jika penagih dadah atau bahan itu dibawa atau hadir di hadapan Majistret, Majistret itu hendaklah, atas syor Pegawai Pemulihan dan selepas memberi orang itu peluang untuk membuat representasi—

(a)

memerintahkan orang itu untuk menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan yang dinyatakan dalam perintah itu selama tempoh dua tahun dan selepas itu untuk menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti di bawah pengawasan

Pegawai Pemulihan di tempat yang dinyatakan dalam perintah itu selama tempoh dua tahun; atau

Suggest a correction

(b)

memerintahkan orang itu untuk menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti di bawah pengawasan

Pegawai Pemulihan di tempat yang dinyatakan dalam perintah itu selama tempoh dua tahun.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Suatu perintah rawatan dan pemulihan dalam komuniti yang dikenakan ke atas seseorang di bawah perenggan (2)(a) atau (b) hendaklah mengandungi syarat yang berikut:

(a)

orang itu hendaklah tinggal di dalam

Negeri atau Wilayah Persekutuan atau mana-mana kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;

Suggest a correction

(b)

orang itu tidak boleh meninggalkan kawasan tempat tinggalnya melainkan jika kebenaran bertulis diperoleh daripada Ketua Pengarah;

Suggest a correction

(c)

orang itu hendaklah melapor diri di pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan yang berdekatan pada waktu yang dinyatakan dalam perintah itu;

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1726

Suggest a correction

(d)

orang itu tidak boleh mengambil apa-apa dadah berbahaya atau bahan;

Suggest a correction

(e)

orang itu hendaklah menjalani apa-apa ujian pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh seseorang

Pegawai Pemulihan;

Suggest a correction

(f)

orang itu hendaklah menjalani apa-apa program rawatan dan pemulihan penagih dadah atau bahan sebagaimana yang ditentukan oleh seseorang

Pegawai Pemulihan; dan

Suggest a correction

(g)

orang itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dinyatakan dalam

Perintah Tetap Ketua Pengarah.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Jika selepas pertimbangan sewajarnya oleh Pegawai Pemulihan, seseorang yang sedang menjalani perintah rawatan dan pemulihan dalam komuniti di bawah perenggan (2)(a)

atau (b) memerlukan rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, pegawai boleh membawa orang itu, atau menyebabkannya hadir di hadapan Majistret.

Suggest a correction

(5)

Jika seseorang itu dibawa atau hadir di hadapan Majistret di bawah subseksyen (4),

Majistret boleh, selepas menimbangkan laporan oleh Pegawai Pemulihan dan selepas memberi peluang kepada orang itu untuk membuat representasi, memerintahkan orang itu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Suggest a correction

(6)

Mana-mana orang yang menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti di bawah perenggan (2)(a) atau (b) yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan)

9

boleh, apabila disabitkan, didenda atau diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat tidak kurang daripada satu ratus dua puluh jam jumlah agregat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan jika dihukum dengan pemenjaraan, boleh juga dikenakan sebatan tidak melebihi tiga sebatan.

Suggest a correction

(7)

Dalam seksyen ini, “khidmat masyarakat”

ertinya apa-apa kerja, perkhidmatan, aktiviti atau pelaksanaan arahan bagi kebaikan orang awam pada amnya yang boleh membantu dan mengekalkan pemulihan penagih dadah atau bahan di bawah pengawasan Ketua Pengarah.”.

Seksyen baharu 6a

Suggest a correction

Seksyen 10

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

seksyen yang berikut:

“Perintah

Majistret yang boleh dibuat ke atas penyalah guna dadah atau bahan.

Quoted provision

Seksyen 6a

Suggest a correction

(2)

Jika penyalah guna dadah atau bahan itu dibawa atau hadir di hadapan Majistret, Majistret itu hendaklah, atas syor Pegawai Pemulihan dan selepas memberi orang itu peluang untuk membuat representasi—

(a)

memerintahkan orang itu menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti di bawah pengawasan Pegawai

Pemulihan di tempat yang dinyatakan dalam perintah itu selama tempoh tidak melebihi dua tahun; atau

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1726

Suggest a correction

(b)

memerintahkan orang itu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat

Pemulihan yang dinyatakan dalam perintah itu selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Suatu perintah rawatan dan pemulihan dalam komuniti yang dikenakan ke atas seseorang di bawah perenggan (2)(a) hendaklah mengandungi syarat yang berikut:

(a)

orang itu hendaklah tinggal di dalam

Negeri atau Wilayah Persekutuan atau mana-mana kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;

Suggest a correction

(b)

orang itu tidak boleh meninggalkan kawasan tempat tinggalnya melainkan jika kebenaran bertulis diperoleh daripada Ketua Pengarah;

Suggest a correction

(c)

orang itu hendaklah melapor diri di pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan yang berdekatan pada waktu yang dinyatakan dalam perintah itu;

Suggest a correction

(d)

orang itu tidak boleh mengambil apa-apa dadah berbahaya atau bahan;

Suggest a correction

(e)

orang itu hendaklah menjalani apa-apa ujian pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh seseorang

Pegawai Pemulihan;

Suggest a correction

(f)

orang itu hendaklah menjalani apa-apa program rawatan dan pemulihan penyalah guna dadah atau bahan sebagaimana yang ditentukan oleh seseorang Pegawai Pemulihan; dan

Suggest a correction

(g)

orang itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dinyatakan dalam

Perintah Tetap Ketua Pengarah.

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan)

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Jika selepas pertimbangan sewajarnya oleh Pegawai Pemulihan, seseorang yang sedang menjalani perintah rawatan dan pemulihan dalam komuniti di bawah perenggan (2)(a)

memerlukan rawatan dan pemulihan di Pusat

Pemulihan, pegawai boleh membawa orang itu, atau menyebabkannya hadir di hadapan

Majistret.

Suggest a correction

(5)

Jika seseorang itu dibawa atau hadir di hadapan Majistret di bawah subseksyen (4),

Majistret boleh, setelah menimbangkan laporan oleh Pegawai Pemulihan dan setelah memberi peluang kepada orang itu untuk membuat representasi, memerintahkan orang itu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Suggest a correction

(6)

Mana-mana orang yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti di bawah perenggan 2(a) yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal kesalahan kali pertama, dikenakan perintah pelanjutan tempoh rawatan dan pemulihan dalam komuniti selama tempoh tidak melebihi enam bulan; dan

Suggest a correction

(b)

dalam hal kesalahan kali kedua atau kesalahan yang berikutnya, dikenakan perintah untuk menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan selama tempoh tidak melebihi satu tahun.”.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1726

Pindaan tajuk Bahagian 3

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 11

Akta ibu dipinda dengan menggantikan tajuk Bahagian 3

Open as pageSuggest a correction

dengan tajuk yang berikut:

“Bahagian III

RAWATAN DAN PEMULIHAN PENAGIH DADAH ATAU BAHAN

DAN PENYALAH GUNA DADAH ATAU BAHAN YANG

MENJALANINYA DENGAN SUKARELA”.

Seksyen 12

Penggantian seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 8 dengan seksyen yang berikut:

“Tatacara bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah atau bahan dan penyalah guna dadah atau bahan yang menjalani rawatan dan pemulihan secara sukarela.

Quoted provision

Seksyen 8

Suggest a correction

(2)

Jika seseorang membuat permohonan di bawah subseksyen (1), Pegawai Pemulihan hendaklah dengan seberapa segera yang boleh membuat perkiraan bagi pemohon itu menjalani ujian di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pegawai Pemulihan itu.

Suggest a correction

(3)

Jika Pegawai Pemulihan memperakui orang itu sebagai penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan disebabkan oleh ujian yang dibuat di bawah subseksyen (2),

Pegawai Pemulihan itu hendaklah memutuskan sama ada orang itu—

(a)

untuk menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, Pusat Khidmat atau pusat pemulihan persendirian selama tempoh tidak melebihi dua tahun; atau

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan)

Suggest a correction

(b)

untuk menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti di bawah pengawasan

Pegawai Pemulihan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pegawai Pemulihan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Pegawai Pemulihan boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya perlu dan bermanfaat bagi rawatan dan pemulihan di bawah subseksyen (3) dan hendaklah memaklumkan keputusannya kepada orang itu.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan atau

Pusat Khidmat yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (4)

hendaklah diberhentikan dengan segera daripada menjalani rawatan dan pemulihan dan dipindahkan daripada Pusat Pemulihan atau Pusat Khidmat.”.

Pindaan seksyen 9

Suggest a correction

Seksyen 13

Seksyen 9 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan

“penagih dadah” dengan perkataan “penagih dadah atau bahan dan penyalah guna dadah atau bahan”;

Suggest a correction

(i)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “ibu bapa” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “ibu atau bapa”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “penagih dadah”

dengan perkataan “penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan”; dan

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1726

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Jika Pegawai Pemulihan memutuskan bahawa seseorang belum dewasa perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, Pusat Khidmat atau pusat pemulihan persendirian, atau menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti, ibu atau bapa atau penjaga seseorang belum dewasa itu hendaklah menghadiri program rawatan dan pemulihan bersama dengan seseorang belum dewasa itu jika ibu atau bapa atau penjaga seseorang belum dewasa itu dikehendaki oleh Pegawai Pemulihan untuk berbuat demikian.

Suggest a correction

(4)

Tertakluk pada subseksyen (3), Pegawai Pemulihan boleh mengenakan apa-apa syarat kepada ibu atau bapa atau penjaga seseorang belum dewasa yang merupakan penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Pegawai Pemulihan.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana ibu atau bapa atau penjaga seseorang belum dewasa yang merupakan penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan itu yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (4), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.”.

Pindaan tajuk Bahagian 4

Suggest a correction

Seksyen 14

Akta ibu dipinda dengan menggantikan tajuk Bahagian 4

Open as pageSuggest a correction

dengan tajuk yang berikut:

“Bahagian IV

PUSAT BAGI RAWATAN DAN PEMULIHAN”.

Seksyen 15

Pindaan seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam nota birai, dengan memasukkan selepas perkataan

“Pusat Pemulihan” perkataan “dan Pusat Khidmat”;

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan)

Suggest a correction

(b)

dengan memasukkan selepas perkataan “Pusat Pemulihan”

perkataan “dan Pusat Khidmat”; dan

Suggest a correction

(c)

dengan menggantikan perkataan “penagih dadah” dengan perkataan “penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan”.

Pindaan seksyen 11

Suggest a correction

Seksyen 16

Seksyen 11 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

Suggest a correction

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula itu subseksyen yang berikut:

“(2)  Menteri boleh menentukan pembayaran elaun bagi anggota Lembaga Pelawat.”.

Penggantian seksyen 12

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 12 dengan seksyen yang berikut:

“Penyingkatan tempoh rawatan dan pemulihan.

Quoted provision

Seksyen 12

Ketua Pengarah boleh, atas syor Pegawai

Suggest a correction

Pemulihan, menyingkatkan tempoh rawatan dan pemulihan mana-mana orang di mana-mana

Pusat Pemulihan atau Pusat Khidmat atau tempoh rawatan dan pemulihan dalam komuniti mana-mana orang atas apa-apa sebab yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.”.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta A1726

Penggantian seksyen 16

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 16 dengan seksyen yang berikut:

“Pusat pemulihan persendirian bagi rawatan, pemulihan dan jagaan lanjutan.

Quoted provision

Seksyen 16

Suggest a correction

(2)

Menteri boleh, atas permohonan secara bertulis mana-mana orang perseorangan atau mana-mana organisasi, badan atau kumpulan orang, memberi kelulusan bagi pendaftaran suatu pusat pemulihan persendirian—

(a)

bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan; atau

Suggest a correction

(b)

bagi jagaan lanjutan orang yang merupakan penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan, selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan kelulusan itu boleh diperbaharui tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Menteri.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Menteri boleh membatalkan kelulusan pendaftaran yang diberikan di bawah subseksyen (2) jika orang perseorangan atau organisasi, badan atau kumpulan orang yang kepadanya kelulusan itu diberikan tidak mematuhi syarat yang dikenakan oleh Menteri.

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan)

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa syarat di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 17

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Seksyen 17 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Pusat Pemulihan” di mana-mana jua terdapat perkataan

“, Pusat Khidmat atau pusat pemulihan persendirian”.

Seksyen 20

Pindaan tajuk Bahagian 5

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dalam tajuk Bahagian 5 dengan menggantikan perkataan “Bahagian 5” dengan perkataan “Bahagian V”.

Seksyen 21

Pindaan seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan

“penagih-penagih dadah” dengan perkataan “penagih dadah atau bahan dan penyalah guna dadah atau bahan”;

dan

Suggest a correction

(b)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“ketagihan dadah” dengan perkataan “ketagihan dadah atau bahan atau penyalahgunaan dadah atau bahan.”.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta A1726

Penggantian seksyen 21

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 21 dengan seksyen yang berikut:

“Tempoh pemenjaraan atau tahanan hendaklah disifatkan sebagai tempoh rawatan dan pemulihan.

Quoted provision

Seksyen 21

Suggest a correction

(a)

yang menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti atau di Pusat Pemulihan atau Pusat

Khidmat di bawah pengawasan

Pegawai Pemulihan; atau

Suggest a correction

(b)

yang telah diperintahkan untuk menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti atau di Pusat

Pemulihan atau Pusat Khidmat tetapi masih belum mula menjalani rawatan dan pemulihan, dihukum oleh mana-mana mahkamah dengan apa-apa tempoh pemenjaraan atau oleh

Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dengan apa-apa tempoh tahanan, atau ditahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan tahanan pencegahan, pemenjaraan atau tahanan itu hendaklah mengatasi perintah di bawah seksyen 6 dan 6a.

Suggest a correction

(2)

Tempoh pemenjaraan atau tahanan yang telah dijalani hendaklah disifatkan sebagai tempoh rawatan dan pemulihan dalam komuniti atau di Pusat Pemulihan atau Pusat Khidmat, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah disifatkan telah dijalani serentak dengan tempoh pemenjaraan atau tahanan itu.

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan)

Suggest a correction

(3)

Jika setelah tempoh pemenjaraan atau tahanan selesai, masih ada mana-mana bahagian tempoh yang baginya orang itu telah diperintahkan untuk menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti atau di Pusat

Pemulihan atau Pusat Khidmat yang masih belum selesai, orang itu hendaklah menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti atau di Pusat Pemulihan atau Pusat Khidmat, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk baki bahagian tempoh yang belum selesai.

Suggest a correction

(4)

Dalam tempoh pemenjaraan atau tahanan, penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan itu hendaklah menjalani rawatan dan pemulihan yang dijalankan oleh Pegawai Pemulihan.

Suggest a correction

(5)

Subseksyen (1), (2) dan (3) tidak terpakai bagi seseorang yang menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti atau di Pusat Pemulihan atau Pusat Khidmat, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen 8 dan 9.”.

Pindaan seksyen 26

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

Seksyen 26 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Pusat Pemulihan” di mana-mana jua terdapat perkataan

“atau Pusat Khidmat”.

Seksyen 24

Pindaan seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

Seksyen 27 Akta ibu dipinda dalam nota birai dengan menggantikan perkataan “Memisahkan orang belum dewasa”

dengan perkataan “Pengasingan orang belum dewasa daripada orang dewasa”.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta A1726

Seksyen 25

Seksyen baharu 27a, 27b dan 27c

Open as pageSuggest a correction

seksyen yang berikut:

“Pelantikan

Pegawai

Pemulihan.

Quoted provision

Seksyen 27a

Menteri boleh melantik apa-apa bilangan

Suggest a correction

Pegawai Pemulihan yang dikehendaki bagi semua perkara yang berhubungan dengan tangkapan, rawatan dan pemulihan bagi penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini.

Pelantikan sukarelawan.

Quoted provision

Seksyen 27b

Suggest a correction

(2)

Seseorang sukarelawan adalah tertakluk pada arahan, perintah dan kawalan Ketua Pengarah untuk membantu pegawai bagi melaksanakan fungsi bagi rawatan dan pemulihan di bawah

Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Seseorang sukarelawan semasa menjalankan apa-apa kewajipan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan)

21

Majlis

Profesion

Pegawai

Pemulihan.

Suggest a correction

Quoted provision

Seksyen 27c

Suggest a correction

(2)

Menteri boleh menentukan pembayaran elaun bagi anggota Majlis Profesion Pegawai

Pemulihan.”.

Pindaan seksyen 28

Suggest a correction

Seksyen 26

Seksyen 28 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(A)

dengan memasukkan selepas perkataan

“Pusat-Pusat Pemulihan,” perkataan

“Pusat Khidmat”; dan

Suggest a correction

(B)

dengan memasukkan selepas perkataan

“Pusat-Pusat Pemulihan itu” perkataan

“, Pusat Khidmat”;

(ii)

dalam perenggan (d), dengan memasukkan selepas perkataan “Pusat-Pusat Pemulihan itu” perkataan

“, Pusat Khidmat”; dan

Suggest a correction

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan (g)

perenggan yang berikut:

“(ga) untuk mengadakan peruntukan mengenai keanggotaan, kewajipan, fungsi dan tatacara

Majlis Profesion Pegawai Pemulihan;”; dan

Undang-Undang Malaysia 22

Akta A1726

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya” dengan perkataan “denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”.

Seksyen baharu 28a dan 28b

Suggest a correction

Seksyen 27

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk meminda

Jadual.

Seksyen 28a

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual kepada

Open as pageSuggest a correction

Akta ini.

Perintah

Tetap Ketua

Pengarah.

Seksyen 28b

Ketua Pengarah boleh membuat dan mengeluarkan perintah, yang dipanggil

Open as pageSuggest a correction

Perintah Tetap Ketua Pengarah yang selaras dengan Akta ini dan apa-apa kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.”.

Jadual baharu

Seksyen 28

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

jadual yang berikut:

“Jadual

[Seksyen 2]

Quoted provision

Seksyen 1

Bahan psikotropik sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga

Suggest a correction

Quoted provision

Seksyen 2

Akta Racun 1952 [Akta 366]

Suggest a correction

Toluena”.

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan)

23

Kecualian

Seksyen 29

BAHAN

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa tindakan, permohonan, kelulusan atau prosiding yang dimulakan atau yang belum selesai sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Suggest a correction

Common questions

What is AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024?
AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1726 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Is AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024 still in force?
Yes — AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024 is currently in force.
When did AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024 take effect?
AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024 was first recorded in 2024.
How many sections does AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024 have?
AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024 contains 42 sections.
Where can I read the official version of AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024?
The official text of AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024 (A1726)