Malaysia legislation

Section 25

of KAEDAH-KAEDAH AHLI KIMIA 2024

Seksyen 25

Perbelanjaan kumpulan wang Institut

(1)

Kumpulan wang Institut hendaklah dibelanjakan bagi maksud membayar mana-mana perbelanjaan dalam mempromosikan dan mencapai matlamat Institut, termasuklah—

(a)

honorarium bagi anggota Institut, anggota Majlis atau mana-mana badan lain untuk perkhidmatan yang diberikan kepada Institut;

(b)

saraan, insentif atau bonus kakitangan bergaji Institut;

(c)

mana-mana pemerolehan peralatan, kerja atau perkhidmatan mengikut garis panduan yang diluluskan oleh Majlis;

(d)

menguntukkan dan menyediakan wang untuk cawangan mengadakan apa-apa aktiviti atau majlis, tertakluk kepada kelulusan Majlis; dan

(e)

membayar balik kepada anggota Majlis atau anggota Institut bagi perbelanjaan yang ditanggung dalam menjalankan kerja dan tanggungjawab rasmi sebagai anggota Majlis.

(2)

Walau apa pun subkaedah (1), kumpulan wang Institut tidak boleh digunakan untuk membayar denda yang dikenakan terhadap anggota oleh mana-mana mahkamah.

P.U. (A) 149 15

Pelaburan

Section 25 — KAEDAH-KAEDAH AHLI KIMIA 2024 | mylaw.my