Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(1)
Majlis hendaklah melantik seorang Bendahari dalam kalangan anggotanya.
(2)
Bendahari hendaklah mempunyai kewajipan untuk—
(a)
menerima dan bertanggungjawab terhadap semua wang yang perlu dibayar oleh atau telah dibayar kepada, Institut;
(b)
menyediakan dan mengemukakan suatu penyata akaun pada setiap mesyuarat Majlis yang menunjukkan resit dan perbelanjaan seperti pada hari terakhir dalam bulan sebelumnya mesyuarat tersebut;
(c)
menyediakan dan mengemukakan penyata akaun tahunan teraudit berserta laporan juruaudit pada setiap mesyuarat agung tahunan
Institut; dan
(d)
mencadangkan suatu garis panduan bagi honorarium dan pembayaran lain untuk dibayar kepada anggota, anggota Majlis,
P.U. (A) 149 14
kakitangan bergaji Institut dan mana-mana orang yang diluluskan untuk menghadiri mana-mana majlis dan aktiviti, tertakluk kepada kelulusan Majlis.
Penolong Bendahari