Skip to content
In forceAs enacted

Part II · Pendaftaran Anggota

2. Pendaftaran anggota

Feedback & support
(1)

Suatu permohonan untuk pendaftaran sebagai seorang anggota hendaklah dibuat dalam bentuk dan cara yang ditentukan oleh Majlis.

(2)

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan—

(a)

suatu salinan sijil kelayakan akademik atau profesional yang diakui sah;

(b)

suatu salinan kad pengenalan yang diakui sah; dan

(c)

tiga keping gambar terbaharu berukuran pasport.

(3)

Permohonan di bawah subkaedah (1) hendaklah disertakan dengan fi keanggotaan sebanyak satu ratus ringgit dan fi pemprosesan sebanyak satu ratus ringgit.

P.U. (A) 149 5

(4)

Apabila menerima permohonan di bawah subkaedah (2), Majlis boleh, melalui notis secara bertulis, meminta pemohon untuk memberikan butir-butir, maklumat atau dokumen lanjut, dalam tempoh empat belas hari.

(5)

Jika pemohon tidak mematuhi permintaan yang dibuat dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dibawah subkaedah (4), Majlis boleh menolak permohonan itu dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu, tanpa menjejaskan permohonan baharu yang dikemukakan oleh pemohon.

(6)

Jika permohonan itu ditolak, hanya fi keanggotaan yang akan dibayar balik kepada pemohon.

Report

Part III

Mesyuarat Majlis dan Mesyuarat Agung Tahunan

Part IV

Peperiksaan

Part V

Kewangan

Part VI

Bahagian VI

Part I

Part II

Part III

Part IV

Part V

Part VI