Skip to content

Seksyen 32

Kecualian dan peralihan

of Kaedah-Kaedah Ahli Kimia 2024

P.U. (A)In forceProvision 32 of 32
Seksyen 32

(1)

Semua permohonan yang belum selesai bagi pendaftaran sebagai anggota Institut di hadapan Majlis yang dibuat di bawah Kaedah-Kaedah Ahli Kimia

(Am) 1977 yang dibatalkan hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Kaedah-Kaedah ini, diuruskan mengikut Kaedah-Kaedah ini seolah-olah permohonan itu dibuat dibawah Kaedah-Kaedah ini.

(2)

Mana-mana pengekalan keanggotaan tahunan yang telah dikeluarkan di bawah Kaedah-Kaedah Ahli Kimia (Am) 1977 yang dibatalkan yang masih sah pada tarikh permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini hendaklah terus sah sehingga tarikh habis tempohnya.

(3)

Semasa tempoh keesahan mana-mana permohonan bagi pendaftaran sebagai anggota Institut dan pengekalan keanggotaan hendaklah, setakat yang praktik, membuat permohonan bagi pengekalan keanggotaan tahunan mengikut

Kaedah-Kaedah ini.

(4)

Mana-mana orang yang telah dilantik sebagai Bendahari di bawah

Kaedah-Kaedah Ahli Kimia (Am) 1977 yang dibatalkan hendaklah, pada atau selepas

P.U. (A) 149 17

tarikh permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini, disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya di bawah Kaedah-Kaedah ini dan hendaklah terus memegang jawatan itu hingga dibatalkan atau meletak jawatan atau ditamatkan atau sehingga habis tempoh pelantikan jawatan anggota itu.

(5)

Apa-apa dokumen, keputusan, arahan, penyata, bayaran atau laporan audit yang telah diputuskan sebelum permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini hendaklah, apabila Kaedah-Kaedah ini mula berkuat kuasa, terus sah dan mengikat sehingga ia dibatalkan oleh Majlis.

Dibuat 4 Jun 2024

[IKM KAK 2024/PN(PU2)289/II]

CHANG LIH KANG

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

P.U. (A) 149 18

CHEMIST ACT 1975

_________________