Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Tiap-tiap permohonan bagi pengekalan keanggotaan dalam daftar hendaklah dibuat kepada Majlis dalam apa-apa bentuk dan cara yang ditentukan oleh Majlis dan disertakan dengan fi pengekalan keanggotaan sebanyak satu ratus ringgit pada atau sebelum 31 Januari tahun berkenaan.
(2)
Jika permohonan bagi pengekalan keanggotaan dibuat selepas 31 Januari tahun berkenaan, fi pemprosesan tambahan sebanyak lima puluh ringgit hendaklah dikenakan.
(3)
Sijil pengekalan keanggotaan hendaklah mengikut cara dan bentuk yang ditentukan oleh Majlis.
(4)
Jika tiada permohonan bagi pengekalan keanggotaan dibuat oleh anggota sebelum 30 Jun bagi tahun berkenaan, namanya akan dikeluarkan daripada daftar anggota.
(5)
Majlis boleh, atas permintaan bertulis, mengurangkan atau mengetepikan fi pengekalan keanggotaan bagi tempoh dua belas bulan atau lebih dalam hal keadaan anggota itu melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara atau atas apa-apa alasan lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis.
(6)
Majlis boleh mengetepikan fi pengekalan keanggotaan bagi mana-mana anggota yang berumur lebih daripada enam puluh tahun dan telah menjadi anggota secara berterusan selama tidak kurang daripada lima belas tahun.
Gelaran bagi anggota