Skip to content

Seksyen 3

Permohonan bagi relief bersifat sementara (A. 88A, k. 3)

of Kaedah-Kaedah Mahkamah (Pindaan) 2026

P.U. (A)In forceProvision 3 of 8
Seksyen 3

(1)

Suatu permohonan bagi relief bersifat sementara di bawah seksyen 19 Akta oleh seseorang wakil asing hendaklah dibuat melalui notis permohonan.

P.U. (A) 313 6

(2)

Suatu permohonan bagi relief bersifat sementara hendaklah disokong dengan suatu afidavit yang menyatakan—

(a)

alasan yang dicadangkan bahawa relief bersifat sementara yang dipohon patut diberikan;

(b)

butir-butir mana-mana prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia yang sedang berjalan berhubung dengan penghutang;

(c)

sama ada, pada pengetahuan wakil asing itu, penerima atau penerima dan pengurus harta penghutang bertindak berhubung dengan penghutang;

(d)

suatu anggaran nilai harta penghutang di Malaysia yang berkenaan dengannya relief bersifat sementara dipohon;

(e)

sama ada, pada pengetahuan dan kepercayaan terbaik wakil asing itu, kepentingan pemiutang penghutang, termasuk mana-mana pemiutang bercagar atau pihak dalam perjanjian sewa beli, dan mana-mana pihak berkepentingan lain, termasuk jika sesuai penghutang, akan dilindungi secukupnya;

(f)

sama ada, pada pengetahuan dan kepercayaan terbaik wakil asing itu, pemberian apa-apa relief bersifat sementara yang dipohon akan mengganggu pentadbiran prosiding utama asing; dan

(g)

apa-apa perkara lain yang pada pendapat wakil asing itu boleh membantu Mahkamah dalam memutuskan sama ada sesuai atau tidak untuk memberikan relief bersifat sementara yang dipohon.

P.U. (A) 313 7