Skip to content

Seksyen 5

of Kaedah-Kaedah Mahkamah (Pindaan) 2026

P.U. (A)In forceProvision 5 of 8

Seksyen 5

(1)

Suatu permohonan bagi pengubahsuaian atau penamatan di bawah subseksyen 17(5), 20(6) dan 22(3) Akta oleh seseorang wakil asing atau mana-mana orang yang terjejas oleh pengiktirafan di bawah seksyen 17 Akta, penangguhan dan penggantungan yang disebut dalam subseksyen 20(1) Akta atau relief yang diberikan di bawah seksyen 19

atau 21 Akta hendaklah dibuat melalui notis permohonan.

(2)

Suatu permohonan bagi pengubahsuaian atau penamatan hendaklah disokong dengan suatu afidavit yang menyatakan—

(a)

alasan yang dicadangkan bahawa pengubahsuaian atau penamatan itu patut diberikan; dan

(b)

apa-apa perkara lain yang pada pendapat wakil asing itu atau mana-mana orang yang terjejas oleh pengiktirafan di bawah seksyen 17 Akta, penangguhan dan penggantungan yang disebut dalam subseksyen 20(1) Akta atau relief yang diberikan di bawah seksyen 19 atau 21 Akta boleh membantu Mahkamah dalam memutuskan sama ada sesuai atau tidak untuk memberikan pengubahsuaian atau penamatan yang dipohon.