Skip to content

Seksyen 6

Pengubahsuaian atau penamatan atas usul Mahkamah (A. 88A, k. 6)

of Kaedah-Kaedah Mahkamah (Pindaan) 2026

P.U. (A)In forceProvision 6 of 8
Seksyen 6

(1)

Mahkamah boleh atas usulnya sendiri mengubah suai atau menamatkan suatu perintah pengiktirafan di bawah seksyen 17 Akta atau apa-apa relief yang diberikan di bawah subseksyen 20(6)

atau 22(3) Akta dengan syarat bahawa wakil asing dan penghutang telah sama ada—

(a)

mempunyai peluang untuk didengari mengenai persoalan

P.U. (A) 313 9

berkenaan dengan pengubahsuaian atau penamatan oleh

Mahkamah itu; atau

(b)

bersetuju secara bertulis dengan pengubahsuaian atau penamatan oleh Mahkamah itu.

(2)

Jika wakil asing itu atau penghutang berhasrat untuk didengar mengenai persoalan berkenaan dengan pengubahsuaian atau penamatan oleh

Mahkamah, Mahkamah hendaklah memberi semua pihak yang berkaitan notis mengenai pendengaran yang persoalan itu akan dipertimbangkan dan boleh memberi arahan mengenai isu yang dikehendakinya keterangan.

(3)

Jika Mahkamah memberi atau membuat suatu perintah pengubahsuaian atau penamatan, perintah itu boleh termasuk apa-apa perkara yang difikirkan patut oleh Mahkamah berkenaan dengan perkara berbangkit yang berkenaan dengan pengubahsuaian atau penamatan itu.

(4)

Bagi maksud perenggan (2), “semua pihak yang berkaitan” ertinya seseorang wakil asing, penghutang dan mana-mana orang lain, yang pada pendapat Mahkamah, mempunyai kepentingan yang mewajarkannya diberi notis mengenai pendengaran itu.

Permohonan bagi perintah untuk mengelakkan perbuatan yang memudaratkan pemiutang (A. 88A, k. 7)