Seksyen 8
Pemberitahuan dan penyiaran (A. 88A, k. 8)
of Kaedah-Kaedah Mahkamah (Pindaan) 2026
(1)
Kaedah ini hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yang diberi atau dibuat oleh Mahkamah bagi permohonan yang dibuat di bawah kaedah 2, 3, 4, 5 dan 7 dan apa-apa perintah yang diberikan atau dibuat oleh
P.U. (A) 313 10
Mahkamah di bawah kaedah 6.
(2)
Seseorang wakil asing hendaklah dalam masa empat belas hari selepas tarikh perintah diberi atau dibuat oleh Mahkamah, menyebabkan suatu pemberitahuan mengenai pemberian atau pembuatan perintah itu diberi kepada orang yang berikut:
(a)
pemegang jawatan insolvensi Malaysia yang bertindak berhubung dengan penghutang;
(b)
mana-mana orang yang telah dilantik sebagai penerima atau penerima dan pengurus harta penghutang;
(c)
wakil asing lain yang telah dilantik dalam mana-mana prosiding asing lain mengenai penghutang; dan
(d)
pihak-pihak dalam prosiding yang berjalan di bawah undang-undang insolvensi Malaysia berhubung dengan penghutang, jika ada.
(3)
Seseorang wakil asing hendaklah menyampaikan sesalinan perintah yang bermeterai dengan seberapa segera yang praktik kepada penghutang.
(4)
Dalam hal suatu permohonan yang dibuat oleh mana-mana orang yang terjejas oleh penangguhan dan penggantungan yang disebut dalam subseksyen 20(1) Akta atau relief yang diberikan di bawah seksyen 19
atau 21 Akta di bawah kaedah 5, orang itu hendaklah dengan seberapa segera yang praktik menyampaikan sesalinan perintah yang bermeterai kepada seseorang wakil asing.
(5)
Dalam hal suatu perintah yang diberikan atau dibuat oleh
Mahkamah bagi permohonan yang dibuat di bawah kaedah 2 berhubung
P.U. (A) 313 11
dengan penghutang sebagai prosiding utama asing, atau suatu perintah yang diberikan atau dibuat oleh Mahkamah bagi permohonan yang dibuat di bawah kaedah 3 dan 4 yang melibatkan harta penghutang, wakil asing hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas tarikh perintah itu diberikan atau dibuat oleh Mahkamah, menyebabkan suatu pemberitahuan mengenai pemberian atau pembuatan perintah itu diberi kepada orang yang berikut:
(a)
kepada mana-mana pegawai penguat kuasa atau pegawai lain yang pada pengetahuan wakil asing itu dipertanggungjawabkan dengan pelaksanaan atau proses undang-undang lain terhadap penghutang atau harta penghutang itu; dan
(b)
kepada mana-mana orang yang pada pengetahuan wakil asing itu menyebabkan distres terhadap penghutang atau harta penghutang itu.
(6)
Seseorang wakil asing hendaklah dengan seberapa segera yang praktik menyebabkan suatu pemberitahuan mengenai apa-apa perintah yang diberikan atau dibuat oleh Mahkamah bagi permohonan yang dibuat di bawah kaedah-kaedah 2, 3, 4, 5 dan 7 dan apa-apa perintah yang diberikan atau dibuat oleh Mahkamah di bawah kaedah 6 disiarkan di tapak sesawang
Jabatan Insolvensi Malaysia.
(7)
Sebutan “harta” dalam kaedah ini ialah suatu rujukan kepada harta yang terletak di dalam Malaysia.”.
Dibuat 1 September 2026
[PKPMP.BD.600-1/5/26; PN(PU2]153/JLD.21]
P.U. (A) 313 12
Jawatankuasa Kaedah-Kaedah:
Ketua Hakim Negara, Malaysia
Presiden Mahkamah Rayuan, Malaysia
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
Hakim Mahkamah Persekutuan
Hakim Mahkamah Rayuan
Hakim Mahkamah Tinggi di Malaya
Hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
DATUK SHAMSUL BIN BOLHASSAN bagi pihak Peguam Negara, Malaysia
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
Peguam bela, Semenanjung Malaysia
Peguam bela, Sabah
P.U. (A) 313 13
Peguam bela, Sarawak
Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah:
Ketua Hakim Negara, Malaysia
Presiden Mahkamah Rayuan, Malaysia
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
Hakim Mahkamah Persekutuan
Hakim Mahkamah Rayuan
Hakim Mahkamah Tinggi di Malaya
Hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
DATUK SHAMSUL BIN BOLHASSAN bagi pihak Peguam Negara, Malaysia
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
P.U. (A) 313 14
Peguam bela, Semenanjung Malaysia
Peguam bela, Sabah
Peguam bela, Sarawak
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 17(5) Akta Mahkamah
Kehakiman 1964 dan seksyen 8 Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1955]
P.U. (A) 313 15
COURTS OF JUDICATURE ACT 1964
SUBORDINATE COURTS RULES ACT 1955
RULES OF COURT (AMENDMENT) 2026