Seksyen 1
(1)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Pengangkutan
Jalan (Mata Demerit) 2017.
/akn/my/act/pua/2017/110
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
KAEDAH-KAEDAH PENGANGKUTAN JALAN (MATA DEMERIT) 2017 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 110 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.
Opening note
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Pengangkutan
Jalan (Mata Demerit) 2017.
Dalam Kaedah-Kaedah ini, “kesalahan berjadual” ertinya mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual.
Pemakluman kepada Ketua Pengarah
Jika seseorang pemegang lesen memandu—
telah dikompaun bagi mana-mana kesalahan berjadual dan telah membayar kompaun itu,
Ketua Pengarah hendaklah dimaklumkan mengenai butir-butir sabitan atau kompaun itu berkenaan dengan pemegang lesen memandu itu.
Pemakluman di bawah subkaedah (1) hendaklah dibuat oleh Pengarah,
Ketua Pegawai Polis, Dato Bandar, Perbadanan Putrajaya, Datuk Bandar Majlis
P.U. (A) 110 3
Bandaraya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran, Pengerusi Majlis Perbandaran atau
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pemberian mata demerit dan rekod
Setelah menerima pemberitahuan di bawah kaedah 3, Ketua Pengarah hendaklah memberikan mata demerit sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual kepada pemegang lesen memandu itu.
Ketua Pengarah hendaklah merekodkan mata demerit yang diberikan di bawah subkaedah (1) dalam daftar pemegang lesen memandu.
Mata demerit yang diberikan di bawah subkaedah (1) hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh kesalahan berjadual dilakukan.
Penggantungan dan pembatalan lesen memandu selain lesen memandu percubaan
Jika seseorang pemegang lesen memandu selain lesen memandu percubaan telah diberikan sejumlah dua puluh atau lebih mata demerit terkumpul,
Ketua Pengarah boleh menggantung lesen memandu pemegang lesen itu.
Penggantungan lesen memandu di bawah subkaedah (1) hendaklah—
dalam hal penggantungan pertama, selama suatu tempoh yang tidak kurang daripada enam bulan tetapi tidak lebih daripada lapan bulan;
dalam hal penggantungan kedua, selama suatu tempoh yang tidak kurang daripada lapan bulan tetapi tidak lebih daripada sepuluh bulan; dan
P.U. (A) 110 4
dalam hal penggantungan ketiga atau lebih, selama suatu tempoh yang tidak kurang daripada sepuluh bulan tetapi tidak lebih daripada dua belas bulan.
Tertakluk kepada subkaedah (4), jika seorang pemegang lesen memandu yang telah diberikan mata demerit—
tidak disabitkan atas mana-mana kesalahan berjadual atau tidak dikompaun bagi mana-mana kesalahan berjadual selama tempoh dua belas bulan berturut-turut daripada tarikh terakhir orang itu melakukan suatu kesalahan berjadual; dan
telah, jika dikehendaki oleh Ketua Pengarah, menghadiri kursus pemulihan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah,
Ketua Pengarah boleh memotong sejumlah tidak melebihi lima puluh peratus mata demerit daripada jumah mata demerit terkumpul pemegang lesen memandu itu.
Perenggan (3)(a) tidak terpakai jika pemegang lesen memandu itu melakukan mana-mana kesalahan berjadual dalam tempoh dua belas bulan berturut-turut yang disebut dalam perenggan itu tetapi dia hanya disabitkan atau dikompaun bagi kesalahan itu dan diberikan mata demerit selepas tempoh dua belas bulan berturut-turut itu.
Jika seseorang yang lesen memandunya digantung di bawah kaedah ini diberikan mata demerit bagi kesalahan berjadual yang dilakukan semasa tempoh penggantungannya, mata demerit yang diberikan—
tidak boleh diambil kira bagi maksud pembatalan mata demerit di akhir tempoh penggantungan; dan
P.U. (A) 110 5
tertakluk kepada subkaedah (6), akan, jika dikumpulkan sebanyak dua puluh mata demerit atau lebih, menjadikan lesen memandu orang itu digantung selanjutnya oleh Ketua Pengarah mengikut subkaedah (1).
Jika lesen memandu seseorang itu digantung di bawah kaedah ini untuk kali ketiga dalam tempoh lima tahun, Ketua Pengarah hendaklah membatalkan lesen memandu orang itu.
Pembatalan lesen memandu percubaan
Jika seorang pemegang lesen memandu percubaan telah diberikan dua puluh atau lebih mata demerit terkumpul, Ketua Pengarah hendaklah membatalkan lesen memandu percubaan orang itu.
Dalam hal jika seorang pemegang lesen memandu percubaan diberikan lesen memandu, apa-apa mata demerit yang diberikan kepada orang itu semasa orang itu memegang lesen memandu percubaan hendaklah kekal direkodkan atas namanya dalam daftar pemegang lesen memandu.
Jika seseorang yang telah diberi lesen memandu diberikan mata demerit bagi kesalahan berjadual yang dilakukan semasa orang itu memegang lesen memandu percubaan dan mata demerit itu akan, jika diambil kira dengan mata demerit yang diberikan semasa orang itu memegang lesen memandu percubaan, terjumlah kepada dua puluh mata demerit atau lebih, Ketua Pengarah boleh membatalkan lesen memandu yang diberikan kepada orang itu.
Jika sesuatu lesen memandu percubaan dibatalkan di bawah kaedah ini, setiap mata demerit yang diberikan kepada pemegang lesen memandu percubaan itu hendaklah dibatalkan.
P.U. (A) 110 6
Penyerahan lesen memandu
Mana-mana orang yang menerima notis secara bertulis bagi penggantungan atau pembatalan lesen memandu di bawah subseksyen 37(1) Akta hendaklah, dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penyampaian notis itu, menyerahkan lesen memandunya di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan atau di mana-mana tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
Penggantungan dan pembatalan suatu lesen memandu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh penyerahan lesen memandu atau di akhir tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penyampaian notis, mengikut mana-mana yang terdahulu.
Kesan penggantungan dan pembatalan lesen memandu
Mana-mana orang yang lesen memandunya digantung di bawah
Kaedah-Kaedah ini tidak boleh memandu suatu kenderaan motor di bawah apa-apa lesen memandu, termasuk lesen memandu yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa lain, atau mendapatkan lesen memandu sepanjang tempoh penggantungannya.
Mana-mana orang yang lesen memandunya dibatalkan di bawah
Kaedah-Kaedah ini tidak boleh memandu suatu kenderaan motor di bawah apa-apa lesen memandu, termasuk lesen memandu yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa lain, atau mendapatkan lesen memandu bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh pembatalan lesen.
Walau apa pun kaedah ini, Ketua Pengarah boleh menolak atau menggantung apa-apa urusan atau transaksi yang terpakai bagi orang itu di bawah
Akta.
Peruntukan peralihan
Kaedah-Kaedah
Kenderaan
Motor
(Mata
Demerit)
1997
[P.U. (A) 79/1997] (selepas ini disebut “Kaedah-Kaedah yang dibatalkan”) dibatalkan.
P.U. (A) 110 7
Apa-apa mata demerit yang diberikan di bawah Kaedah-Kaedah yang dibatalkan hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini, terbatal dan tidak boleh diambil kira dalam pengiraan mata demerit di bawah Kaedah-Kaedah ini.
Apa-apa notis penggantungan yang dihantar di bawah Kaedah-Kaedah yang dibatalkan sebelum permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini hendaklah terbatal dan tidak boleh diambil kira dalam pengiraan penggantungan selanjutnya atau pembatalan di bawah Kaedah-Kaedah ini.
Apa-apa tempoh penggantungan di bawah Kaedah-Kaedah yang dibatalkan yang masih berkuat kuasa hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa
Kaedah-Kaedah ini, ditamatkan dan tidak boleh diambil kira dalam pengiraan penggantungan selanjutnya atau pembatalan di bawah Kaedah-Kaedah ini.
Apa-apa rekod yang dibuat di bawah Kaedah-Kaedah yang dibatalkan hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini, terus disimpan di bawah Kaedah-Kaedah ini.
P.U. (A) 110 8
JADUAL
[Subkaedah 4(1)]
KESALAHAN BERJADUAL DAN MATA DEMERIT
Bil.
Kesalahan
Perihalan kesalahan
Mata demerit yang diberikan
Pemandu kenderaan motor selain kenderaan barangan dan bas
Pemandu kenderaan barangan dan bas 1.
Subseksyen 43(1)
Akta
Memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa
10 10 2.
Subseksyen 45(1)
Akta
Menjaga suatu kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah 10 10 3.
Subseksyen 45A(1)
Akta
Memandu atau menjaga suatu kenderaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan
10 10 4.
Subseksyen 45B(4)
Akta
Tidak mengadakan spesimen nafas bagi ujian nafas apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai polis
10 10
P.U. (A) 110 9
Bil.
Kesalahan
Perihalan kesalahan
Mata demerit yang diberikan
Pemandu kenderaan motor selain kenderaan barangan dan bas
Pemandu kenderaan barangan dan bas 5.
Subseksyen 45C(6)
Akta
Tidak mengadakan spesimen nafas bagi ujian nafas atau spesimen darah atau air kencing bagi ujian makmal apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai polis
10 10 6.
Kaedah 18 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas
Jalan 1959
[L.N. 166/1959] atau subkaedah 92(1)
Kaedah-Kaedah
Kenderaan Bermotor
(Pembuatan dan
Penggunaan)
1959
[L.N. 170/1959]
Memandu kenderaan barangan yang membawa muatan yang boleh mendatangkan bahaya atau berkemungkinan menyebabkan bahaya
-
10 7.
Kaedah 21 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas
Jalan 1959
atau subkaedah 92(2)
Kaedah-Kaedah
Memandu kenderaan barangan yang membawa muatan yang menjulur melebihi bahagian belakang, hadapan atau tepi kenderaan barangan tanpa
-
10
P.U. (A) 110 10
Bil.
Kesalahan
Perihalan kesalahan
Mata demerit yang diberikan
Pemandu kenderaan motor selain kenderaan barangan dan bas
Pemandu kenderaan barangan dan bas
Kenderaan Bermotor
(Pembuatan dan
Penggunaan) 1959
kebenaran terdahulu
Ketua
Pengarah
8.
Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas
Jalan 1959
atau kaedah 92A Kaedah-Kaedah
Kenderaan
Bermotor
(Pembuatan dan
Penggunaan) 1959
Memandu kenderaan barangan dengan muatan yang terjatuh atau dengan tumpahan daripada kenderaan barangan
-
10
9.
Kaedah 20 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas
Jalan 1959
atau kaedah 93 Kaedah-Kaedah
Kenderaan
Bermotor
(Pembuatan dan
Penggunaan) 1959
Memandu kenderaan barangan yang tidak sesuai yang menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan bahaya
-
10
P.U. (A) 110 11
Bil.
Kesalahan
Perihalan kesalahan
Mata demerit yang diberikan
Pemandu kenderaan motor selain kenderaan barangan dan bas
Pemandu kenderaan barangan dan bas 10.
Subseksyen 79(1)
Akta
Tidak mematuhi atau mengabaikan arahan pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau warden lalu lintas dalam mengawal selia lalu lintas semasa memandu atau mendorongi kenderaan
4 6 11.
Subseksyen 79(2)
Akta
Tidak mematuhi atau mengabaikan petunjuk yang diberi oleh isyarat lalu lintas yang berikut semasa memandu atau mendorongi kenderaan:
isyarat merah;
isyarat berhenti pada simpang jalan; atau
isyarat had laju dengan—
(i)
melebihi 40
km sejam;
4
4
4
6
6
6
P.U. (A) 110 12
Bil.
Kesalahan
Perihalan kesalahan
Mata demerit yang diberikan
Pemandu kenderaan motor selain kenderaan barangan dan bas
Pemandu kenderaan barangan dan bas
melebihi 25 km ke 40 km sejam; atau
melebihi 1 km ke 25 km sejam 3
2 5
4
12.
Subkaedah 17(1)
Kaedah-Kaedah
Isyarat Lalu Lintas
(Saiz,
Warna dan
Jenis)
1959
[L.N. 167/1959]
Tidak mematuhi isyarat merah
4 6 13.
Subseksyen 40(1)
Akta
Melebihi had laju yang dikenakan pada sesuatu kenderaan seperti yang berikut:
melebihi 40 km sejam;
melebihi 25 km ke 40 km sejam
melebihi 1 km ke 25 km sejam
4
3
2
6
5
4
P.U. (A) 110 13
Bil.
Kesalahan
Perihalan kesalahan
Mata demerit yang diberikan
Pemandu kenderaan motor selain kenderaan barangan dan bas
Pemandu kenderaan barangan dan bas 14.
Kaedah 17B Kaedah-Kaedah Lalu Lintas
Jalan 1959
atau perenggan 12(3)(a)
atau 12(3)(b)
Kaedah-Kaedah
Isyarat Lalu Lintas
(Saiz,
Warna dan
Jenis) 1959
Memotong kenderaan di garisan berterusan
4
6 15.
Kaedah 89 Kaedah-Kaedah
Kenderaan
Bermotor
(Pembuatan dan
Penggunaan) 1959
Memandu kenderaan barangan dengan melebihi had berat maksimum dengan muatan yang dibenarkan
-
6 16.
Kaedah 90 Kaedah-Kaedah
Kenderaan
Bermotor
(Pembuatan dan
Penggunaan) 1959
Membawa orang dalam kenderaan perkhidmatan awam melebihi bilangan orang yang ditetapkan dalam apa-apa lesen yang sah atau perakuan kenderaan perkhidmatan awam
-
6
P.U. (A) 110 14
Bil.
Kesalahan
Perihalan kesalahan
Mata demerit yang diberikan
Pemandu kenderaan motor selain kenderaan barangan dan bas
Pemandu kenderaan barangan dan bas 17.
Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas
Jalan 1959
Memotong kenderaan motor di sebelah kiri 4 6 18.
Subkaedah 53(1)
Kaedah-Kaedah Lalu
Lintas Jalan 1959
Memandu, menunda, menolak, meletakkan atau meninggalkan tanpa berjaga kenderaan di lorong kecemasan
4 6 19.
Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas
Jalan 1959
Tidak memberi laluan kepada kenderaan yang mempunyai keutamaan berbanding dengan lalu lintas lain
3 5 20.
Subkaedah 17A(1)
Kaedah-Kaedah Lalu
Lintas Jalan 1959
Menggunakan atau cuba untuk menggunakan telefon bimbit atau apa-apa kelengkapan komunikasi lain dengan tidak menggunakan alat bebas tangan semasa memandu
3 5
P.U. (A) 110 15
Bil.
Kesalahan
Perihalan kesalahan
Mata demerit yang diberikan
Pemandu kenderaan motor selain kenderaan barangan dan bas
Pemandu kenderaan barangan dan bas 21.
Kaedah 4A Kaedah-Kaedah Lalu Lintas
Jalan 1959
Memandu kenderaan barangan atau kenderaan perkhidmatan awam secara berterusan di lorong paling kanan
-
4 22.
Kaedah 4 Kaedah-Kaedah
Kereta
Motor (Talipinggang
Keledar)
1978
[P.U. (A) 378/1978]
Memandu kenderaan motor tanpa memakai tali pinggang keledar mengikut cara yang dikehendaki oleh jenis dan binaan tali pinggang keledar itu
3 3 23.
Kaedah 4 Kaedah-Kaedah
Motosikal
(Topi Keledar) 1973
[P.U. (A) 43/1973]
Memandu motosikal tanpa memakai topi keledar mengikut cara yang dikehendaki oleh jenis dan binaan topi keledar itu
2 2
P.U. (A) 110 16
NOTA:
Dalam Jadual ini—
“bas”—
(a)
berhubung dengan Semenanjung Malaysia, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Jadual Pertama kepada Akta Pengangkutan
Awam Darat 2010 [Akta 715]; dan
(b)
berhubung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Lembaga
Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334], dan termasuk bas persiaran.
“bas persiaran”—
(a)
berhubung dengan Semenanjung Malaysia, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Jadual Kedua kepada Akta Pengangkutan
Awam Darat 2010; dan
(b)
berhubung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Lembaga
Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan Akta Pelesenan Kenderaan
Pelancongan 1999 [Akta 594], mengikut mana-mana yang berkenaan.
Dibuat 5 April 2017
[KP/BD/PJ/0.137/3; PN(PU2)460/LXXXIX]
DATO’ SERI LIOW TIONG LAI
Menteri Pengangkutan
P.U. (A) 110 17
ROAD TRANSPORT ACT 1987
ROAD TRANSPORT (DEMERIT POINTS) RULES 2017
IN exercise of the power conferred by subsections 35(2) and 35A(2) of the Road Transport Act 1987 [Act 333], the Minister makes the following rules:
Citation and commencement 1.
(1)
These rules may be cited as the Road Transport (Demerit Points)
Rules 2017.
(2)
These Rules come into operation on 6 April 2017.
Interpretation 2.
In these Rules, “scheduled offence” means any offence specified in the Schedule.
Notification to Director General 3.
(1)
Where a holder of a driving licence—
(a)
has been convicted of any scheduled offence; or
(b)
has been compounded for any scheduled offence and has paid that compound, the Director General shall be notified of the particulars of the conviction or compound in respect of the holder of the driving licence.
(2)
The notification under subrule (1) shall be made by the Director, Chief
Police Officer, Dato Bandar, Perbadanan Putrajaya, Mayor of a City Council, President of a Municipal Council, Chairman of a Municipal Council or Director General of the
Highway Authority Malaysia, as the case may be.
P.U. (A) 110 18
Award of demerit points and records 4.
(1)
Upon receipt of notification under rule 3, the Director General shall award demerit points as set out in the Schedule against the holder of the driving licence.
(2)
The Director General shall record the demerit points awarded under subrule (1) in the register of holders of driving licences.
(3)
The demerit points awarded under subrule (1) shall take effect from the date of the commission of the scheduled offence.
Suspension and revocation of driving licence other than probationary driving licence 5.
(1)
Where a holder of a driving licence other than probationary driving licence has been awarded a total number of twenty or more accumulated demerit points, the Director General may suspend the driving licence of the holder of the driving licence.
(2)
The suspension of a driving licence under subrule (1) shall be—
(a)
in the case of first suspension, for a period of not less than six months but not more than eight months;
(b)
in the case of second suspension, for a period of not less than eight months but not more than ten months; and
(c)
in the case of third suspension or more, for a period of not less than ten months but not more than twelve months.
P.U. (A) 110 19
(3)
Subject to subrule (4), if a holder of a driving licence who has been awarded demerit points
(a)
is not convicted of any scheduled offence or has not been compounded for any scheduled offence for a period of twelve consecutive months from the date of his last commission of a scheduled offence; and
(b)
has, if required by the Director General, attended a rehabilitation course as approved by the Director General, the Director General may deduct a total of not exceeding fifty percent of the demerit points from the total demerit points accumulated by the holder of the driving licence.
(4)
Paragraph (3)(a) shall not apply if the holder of a driving licence commits any scheduled offence during the period of twelve consecutive months referred to in that paragraph but he is only convicted of or compounded for that offence and awarded demerit points after that period of twelve consecutive months.
(5)
Where a person whose driving licence is suspended under this rule is awarded demerit points for a scheduled offence committed during the period of suspension, the demerit points awarded—
(a)
shall not be taken into account for the purpose of cancellation of demerit points at the end of the period of suspension; and
(b)
subject to subrule (6), would, if accumulated to twenty demerit points or more, render his driving licence to be further suspended by the Director General in accordance with subrule (1).
P.U. (A) 110 20
(6)
Where a person’s driving licence is suspended under this rule for the third time in a period of five years, the Director General shall revoke the person’s driving licence.
Revocation of probationary driving licence 6.
(1)
Where a holder of a probationary driving licence has been awarded a total number of twenty or more accumulated demerit points, the Director General shall revoke the person’s probationary driving licence.
(2)
In the case where a holder of a probationary driving licence is granted a driving licence, any demerit points awarded against him when he was holding the probationary licence shall remain recorded as against his name in the register of holders of driving licences.
(3)
Where a person who has been granted a driving licence is awarded demerit points for a scheduled offence committed when he was holding a probationary driving licence and the demerit points would, if taken into account with the demerit points awarded when he was holding the probationary driving licence, amount to twenty demerit points or more, the Director General may revoke the driving licence granted to the person.
(4)
Where a probationary driving licence is revoked under this rule, every demerit point awarded against the holder of the probationary licence shall be cancelled.
Surrender of driving licence 7.
(1)
Any person who receives a notice in writing of a suspension or revocation of a driving licence under subsection 37(1) of the Act shall, within twenty-one days from the date of service of the notice, surrender the driving licence at any branch of the Road
Transport Department or at any other places approved by the Director General.
P.U. (A) 110 21
(2)
The suspension or revocation of a driving licence shall take effect on the date of the surrender of the driving licence or at the end of the period of twenty-one days from the date of service of the notice, whichever is earlier.
Effect of suspension and revocation of driving licence 8.
(1)
Any person whose driving licence is suspended under these Rules shall not drive a motor vehicle under any driving licence, including a driving licence issued by any other authority, or obtain a driving licence during the period of suspension.
(2)
Any person whose driving licence is revoked under these Rules shall not drive a motor vehicle under any driving licence, including a driving licence issued by any other authority, or obtain a driving licence for a period of twelve months from the date of revocation of the licence.
(3)
Notwithstanding this rule, the Director General may refuse or suspend any dealing or transaction applicable to the person under the Act.
Revocation and transitional provisions 9.
(1)
The Motor Vehicles (Demerit Points) Rules 1997 [P.U. (A) 79/1997]
(hereinafter referred to as “the revoked Rules”) is revoked.
(2)
Any demerit points awarded under the revoked Rules shall, on the date of coming into operation of these Rules, be cancelled and shall not be taken into account in the computation of demerit points under these Rules.
(3)
Any notice of suspension sent to any person under the revoked Rules before the coming into operation of these Rules shall be revoked and shall not be taken into account in the computation of a further suspension or for revocation under these
Rules.
P.U. (A) 110 22
(4)
Any period of suspension under the revoked Rules which is still in operation shall, on the date of coming into operation of these Rules, be terminated and shall not be taken into account in the computation of a further suspension or for revocation under these Rules.
(5)
Any record made under the revoked Rules shall, on the date of coming into operation of these Rules, continue to be kept under these Rules.
[Subrule 4(1)]
SCHEDULED OFFENCES AND DEMERIT POINTS
Offence
Description of offence
Demerit points to be awarded
Driver of motor vehicle other than goods vehicle and bus
Driver of goods vehicle or bus 1.
Subsection 43(1) of the Act
Careless and inconsiderate driving 10 10 2.
Subsection 45(1) of the Act
Being in charge of motor vehicle when under the influence of intoxicating liquor or drugs
10 10 3.
Subsection 45A(1) of the Act
Driving or being in charge of motor vehicle with alcohol concentration above prescribed limit
10 10
P.U. (A) 110 23
Offence
Description of offence
Demerit points to be awarded
Driver of motor vehicle other than goods vehicle and bus
Driver of goods vehicle or bus 4.
Subsection 45B(4) of the Act
Failing to provide specimen of breath for breath test when required by police officer
10 10 5.
Subsection 45C(6) of the Act
Failing to provide specimen of breath for analysis or specimen of blood or urine for laboratory test when required by police officer
10 10 6.
Rule 18 of the Road
Traffic Rules, 1959
[L.N. 166/1959] or subrule 92(1) of the
Motor
Vehicles
(Construction and
Use)
Rules,
1959
[L.N. 170/1959]
Driving goods vehicle with load that causes danger or likely to cause danger
-
10 7.
Rule 21 of the Road
Traffic Rules, 1959
or subrule 92(2) of the Motor Vehicle
(Construction and
Use) Rules, 1959
Driving goods vehicle with load that projects beyond the rear, front or side of body of vehicle without prior approval from
Director
General
-
10
P.U. (A) 110 24
Offence
Description of offence
Demerit points to be awarded
Driver of motor vehicle other than goods vehicle and bus
Driver of goods vehicle or bus 8.
Rule 19 of the Road
Traffic Rules, 1959
or rule 92A of the
Motor
Vehicle
(Construction and
Use) Rules, 1959
Driving goods vehicle with falling load or with spilling from the goods vehicle
-
10
9.
Rule 20 of the Road
Traffic Rules, 1959
or rule 93 of the
Motor
Vehicle
(Construction and
Use) Rules, 1959
Driving goods vehicle that is unsuitable that causes danger or likely to cause danger
-
10
10. Subsection 79(1) of the Act
Failing or neglecting directions by police officer, road transport officer or traffic warden in regulating traffic while driving or propelling vehicle
4 6
11. Subsection 79(2) of the Act
Failing or neglecting to conform to indication given by the following traffic signs while driving or propelling vehicle:
P.U. (A) 110 25
Offence
Description of offence
Demerit points to be awarded
Driver of motor vehicle other than goods vehicle and bus
Driver of goods vehicle or bus
red signal;
stop sign at road intersection; or
speed limit sign by—
exceeding 40 km per hour;
exceeding 25 km to 40
km per hour; or
exceeding 1
km to 25 km per hour
4
4
4
3
2
6
6
6
5
4
12. Subrule 17(1) of the
Traffic Signs (Size,
Colour and Type)
Rules,
1959
[L.N. 167/1959]
Failing to conform to red signal 4 6
P.U. (A) 110 26
Offence
Description of offence
Demerit points to be awarded
Driver of motor vehicle other than goods vehicle and bus
Driver of goods vehicle or bus
13. Subsection 40(1) of the Act
Exceeding the speed limit imposed for a vehicle as follows:
exceeding 40 km per hour
exceeding 25 km to 40 km per hour
exceeding 1 km to 25 km per hour
4
3
2
6
5
4 14.
Rule 17B of the Road
Traffic Rules, 1959
or paragraph 12(3)(a) or 12(3)(b)
of the Traffic Signs
(Size,
Colour and
Type) Rules, 1959
Overtaking vehicle on continuous line 4
6
15. Rule 89 of the Motor
Vehicles
(Construction and
Use) Rules, 1959
Driving goods vehicle exceeding the maximum permissible laden weight
-
6
P.U. (A) 110 27
Offence
Description of offence
Demerit points to be awarded
Driver of motor vehicle other than goods vehicle and bus
Driver of goods vehicle or bus
16. Rule 90 of the Motor
Vehicles
(Construction and
Use) Rules, 1959
Carrying persons on public service vehicle exceeding the number of persons specified in any valid licence or public service vehicle certificate
-
6
17. Rule 5 of the Road
Traffic Rules, 1959
Overtaking traffic on the left side 4 6
18. Subrule 53(1) of the
Road Traffic Rules,
1959
Driving, towing, pushing, parking or leaving unattended vehicle on emergency lane
4 6
19. Rule 9 of the Road
Traffic Rules, 1959
Failing to give way to vehicles which have priority over other traffic
3 5
20. Subrule 17A(1) of the
Road
Traffic
Rules, 1959
Using or attempting to use hand-held telephone or any other communication equipment not through hand-free kit while driving
3 5
P.U. (A) 110 28
Offence
Description of offence
Demerit points to be awarded
Driver of motor vehicle other than goods vehicle and bus
Driver of goods vehicle or bus
21. Rule 4A of the Road
Traffic Rules, 1959
Driving goods vehicle or public service vehicle continuously in the extremely right lane
-
4
22. Rule 4 of the Motor
Vehicles
(Safety
Seat-Belts)
Rules 1978
[P.U. (A) 378/1978]
Driving a motor vehicle without wearing safety seat-belt in the manner required by the nature and construction of the safety seat-belt
3 3
23. Rule 4 of the Motor-Cycles
(Safety
Helmets) Rules 1973
[P.U. (A) 43/1973]
Driving on a motorcycle without wearing safety helmet in the manner required by the nature and construction of the safety helmet
2 2
NOTE:
In this Schedule—
“bus”—
(a)
in relation to the Peninsular Malaysia, has the meaning assigned to it in the First Schedule to the Land Public Transport Act 2010 [Act 715]; and
P.U. (A) 110 29
(b)
in relation to Sabah, Sarawak and the Federal Territory of Labuan, has the meaning assigned to it in the Commercial Vehicles Licensing
Board Act 1987 [Act 334], and includes excursion bus.
“excursion bus”—
(a)
in relation to the Peninsular Malaysia, has the meaning assigned to it in the Second Schedule to the Land Public Transport Act 2010; and
(b)
in relation to Sabah, Sarawak and the Federal Territory of Labuan, has the meaning assigned to it in the Commercial Vehicles Licensing
Board Act 1987 or the Tourism Vehicles Licensing Act 1999 [Act 594], as the case may be.
Made 5 April 2017
[KP/BD/PJ/0.137/3; PN(PU2)460/LXXXIX]
DATO’ SERI LIOW TIONG LAI
Minister of Transport