Malaysia legislation

Section 32

of LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH ACT 1973

Section 32

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(1)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah subseksyen itu boleh dibuat bagi—

(a)

menetapkan cara yang apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 25

(b)

menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Lembaga;

(c)

mengenakan fi dalam apa-apa hal yang ditentukan oleh

Lembaga;

(d)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara yang berkaitan dengan syer, saham, bon, debentur atau saham debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang didapati oleh

Lembaga adalah perlu atau suai manfaat, dan, khususnya, bagi mengawal selia kaedah pengeluaran, pemindahan hakmilik, penebusan, atau urusan lain mengenai syer, saham, bon, debentur atau saham debentur itu;

(e)

menetapkan cara dan terma dan syarat bagi pinjaman yang diberikan oleh Lembaga di bawah seksyen 27; dan

(f)

mengadakan peruntukan pada amnya mengenai perjalanan kuasa dan penunaian kewajipannya di bawah Akta ini.

(3)

Peraturan-peraturan itu—

(a)

boleh menetapkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peruntukan mana-mana peraturan hendaklah menjadi suatu kesalahan; dan

(b)

boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti untuk kesalahan itu, dan penalti itu tidak boleh melebihi satu ribu ringgit.

Kuasa untuk meminda Jadual 32a.

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, meminda mana-mana Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Section 32 — LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH ACT 1973