Malaysia legislation

Section 11

of MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BERHAD (ADMINISTRATION) ACT 2015

Section 11

(a)

tiada petisyen bagi penggulungan Syarikat yang Ditadbir boleh difailkan oleh mana-mana orang dalam mana-mana mahkamah;

(b)

tiada ketetapan boleh diluluskan atau perintah dibuat bagi penggulungan Syarikat yang Ditadbir;

(c)

tiada penerima, penerima dan pengurus atau penyelesai sementara, boleh dilantik, atau jika dilantik, pelantikannya hendaklah terhenti dengan serta-merta dan dia hendaklah mengosongkan jawatannya;

(d)

tiada langkah boleh diambil—

(i)

untuk mewujudkan, menyempurnakan atau menguatkuasakan apa-apa cagaran ke atas apa-apa harta Syarikat yang Ditadbir;

(ii)

untuk menguatkuasakan suatu penghakiman ke atas apa-apa harta Syarikat yang Ditadbir;

(iii)

untuk memiliki semula apa-apa harta dalam milikan, jagaan atau kawalan Syarikat yang Ditadbir; atau

Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)

(iv)

untuk menolak apa-apa hutang yang terhutang kepada

Syarikat yang Ditadbir berkenaan dengan apa-apa tuntutan terhadap Syarikat yang Ditadbir, kecuali dengan persetujuan bertulis Pentadbir terlebih dahulu;

(e)

tiada prosiding dan tiada pelaksanaan atau proses undang-undang yang lain dalam mana-mana mahkamah atau tribunal boleh dimulakan atau diteruskan, dan tiada distres boleh dilevikan, terhadap Syarikat yang Ditadbir atau hartanya kecuali dengan persetujuan bertulis Pentadbir terlebih dahulu;

(f)

apa-apa permohonan yang dibuat di bawah seksyen 176

Akta Syarikat 1965 hendaklah ditangguhkan sine die dan apa-apa perintah sekatan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 176(10) Akta Syarikat 1965 hendaklah dilepaskan dan diketepikan dengan serta-merta; dan

(g)

tiada prosiding dan tiada pelaksanaan atau proses undang-undang yang lain dalam mana-mana mahkamah atau tribunal boleh dimulakan, atau diteruskan, terhadap mana-mana orang yang menyediakan jaminan atau yang bertindak sebagai penjamin bagi tanggungan Syarikat yang Ditadbir berkenaan dengan tanggungan itu kecuali dengan persetujuan bertulis Pentadbir terlebih dahulu.

(2)

Pentadbir tidak akan bertanggungan bagi sesuatu tindakan atau ganti rugi lain berkenaan dengan keengganan untuk memberikan persetujuannya di bawah subseksyen (1).

(3)

Pelantikan Pentadbir tidak boleh—

(a)

dianggap sebagai meletakkan Pentadbir atau Syarikat yang Ditadbir dalam keadaan yang melanggari atau memungkiri mana-mana kontrak, atau melakukan pecah kepercayaan;

(b)

dianggap sebagai meletakkan Syarikat yang Ditadbir dalam keadaan yang melanggari atau memungkiri mana-mana kontrak atau dianggap sebagai menimbulkan hak atau kewajipan bagi mana-mana orang untuk—

(i)

menamatkan, membatalkan atau mengubahsuaikan sesuatu perjanjian;

16

Undang-Undang Malaysia

Akta 765

(ii)

menguatkuasakan atau mempercepat pelaksanaan sesuatu obligasi Syarikat yang Ditadbir;

(iii)

menghendaki pelaksanaan sesuatu obligasi yang tidak selainnya berbangkit untuk pelaksanaan;

atau

(iv)

enggan atau menghentikan pelaksanaan obligasinya;

(c)

dianggap sebagai meletakkan Pentadbir atau Syarikat yang Ditadbir dalam keadaan yang melanggari mana-mana undang-undang atau perjanjian yang melarang, menyekat atau mengawal selia penyerahhakan, penjualan, pelupusan atau pemindahan apa-apa harta atau penzahiran maklumat;

(d)

melepaskan seorang penjamin daripada sesuatu obligasi;

(e)

menidaksahkan atau melepaskan sesuatu kontrak atau cagaran;

(f)

dianggap sebagai menamatkan, membatalkan atau mengubah apa-apa hak, keistimewaan, pengecualian atau keutamaan berhubung dengan harta Syarikat yang Ditadbir; atau

(g)

dianggap sebagai meletakkan Syarikat yang Ditadbir atau Pentadbir dalam keadaan yang melanggari mana-mana undang-undang atau apa-apa perintah mana-mana mahkamah.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang apa-apa prosiding sivil atau jenayah daripada dimulakan atau diteruskan oleh mana-mana badan kawal selia terhadap Syarikat yang Ditadbir.

Moratorium

Section 11 — MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BERHAD (ADMINISTRATION) ACT 2015