Section 14
Perkhidmatan peralihan
of Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015
Jika mana-mana orang terikat di bawah suatu kontrak atau mempunyai obligasi untuk membekalkan barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya kepada Syarikat yang Ditadbir, orang itu hendaklah terus membekalkan barangan atau perkhidmatan itu atau kedua-duanya kepada Malaysia Airlines Berhad dan syarikat subsidiarinya dan bukan kepada Syarikat yang Ditadbir, jika dikehendaki oleh Pentadbir, dan Malaysia Airlines Berhad dan syarikat subsidiarinya hendaklah membayar bagi barangan atau perkhidmatan itu atau kedua-duanya pada kadar yang sama yang sepatutnya dibayar oleh Syarikat yang Ditadbir.
18
Undang-Undang Malaysia
Akta 765
(2)
Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini yang lain atau mana-mana undang-undang lain, jika orang itu tidak membekalkan barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya kepada Malaysia
Airlines Berhad dan syarikat subsidiarinya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), Malaysia Airlines Berhad dan syarikat subsidiarinya hendaklah mempunyai hak untuk mendapatkan daripada orang itu apa-apa kos yang dilakukan atau ganti rugi bagi apa-apa kerugian yang ditanggung.