Malaysia legislation
Section 9
of MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BERHAD (ADMINISTRATION) ACT 2015
Section 9
(a)
untuk menjalankan perniagaan dan pengendalian (termasuk menstrukturkan semula pengendalian itu) Syarikat yang
Ditadbir;
(b)
untuk mengambil ke dalam jagaannya atau di bawah kawalannya harta, tanggungan, perniagaan dan hal ehwal
Syarikat yang Ditadbir dan semua harta yang Syarikat yang Ditadbir berhak atau tampak berhak kepadanya;
(c)
untuk menguruskan harta, tanggungan, perniagaan dan hal ehwal Syarikat yang Ditadbir atas nama dan bagi pihak Syarikat yang Ditadbir, termasuk pelupusan harta dan tanggungan;
(d)
untuk mengambil alih kawalan dan menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada pengarah di bawah Akta
Syarikat 1965 atau melalui perlembagaan Syarikat yang
Ditadbir, dan kuasa pengarah Syarikat yang Ditadbir hendaklah selepas itu terhenti kecuali setakat yang dibenarkan oleh Pentadbir;
(e)
untuk membuat apa-apa perkiraan atau kompromi bagi pihak Syarikat yang Ditadbir dengan pemiutangnya atau mana-mana kelas pemiutangnya atau antara syarikat subsidiari yang dinyatakan dengan anggotanya atau mana-mana kelas anggotanya atau antara Syarikat yang
Ditadbir dengan penghutangnya atau mana-mana kelas penghutangnya; dan
(f)
untuk melaksanakan apa-apa fungsi yang boleh dilaksanakan atau dijalankan oleh Syarikat yang Ditadbir atau mana-mana pegawai Syarikat yang Ditadbir jika Pentadbir tidak dilantik.
(2)
Tiada apa-apa dalam perenggan (1)(d) boleh menghendaki
Pentadbir untuk memanggil apa-apa mesyuarat Syarikat yang
Ditadbir.
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 765
Kuasa Pentadbir