Section 13
Keutamaan yang tidak wajar
of Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015
Selepas pelantikan Pentadbir, apa-apa pemindahan, gadai janji, pelaksanaan, penahanan, obligasi, penyelesaian, gadaian, penyerahhakan, penghantaran barangan, pembayaran atau perbuatan lain yang berhubungan dengan apa-apa harta yang dibuat, ditanggung atau dilakukan oleh atau terhadap Syarikat yang Ditadbir yang, jika pemindahan, gadai janji, pelaksanaan, penahanan, obligasi, penyelesaian, gadaian, penyerahhakan, penghantaran barangan, pembayaran atau perbuatan itu dibuat, ditanggung atau dilakukan oleh atau terhadap orang perseorangan, akan menjadi batal atau boleh batal jika dilakukan semasa dia dalam keadaan bankrap di bawah undang-undang kebankrapan, boleh dielakkan atau didapatkan kembali oleh Pentadbir.
(2)
Jika sebutan dibuat dalam undang-undang kebankrapan mengenai suatu tarikh bagi maksud untuk menentukan kesan kebankrapan ke atas transaksi yang disebut dalam subseksyen (1), tarikh itu hendaklah tarikh Akta ini mula berkuat kuasa.