Malaysia legislation
Section 3A
of PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN (SKIM OMBUDSMAN KEWANGAN) (PINDAAN) 2024
Seksyen 3A
(1)
Pengendali skim hendaklah pada setiap masa mengendalikan
Skim
Ombudsman
Kewangan mengikut prinsip kebebasan, keadilan dan kesaksamaan, kemudahaksesan, kebertanggungjawaban, ketelusan dan keberkesanan.
(2)
Tanpa mengehadkan keluasan subperaturan (1), pengendali skim hendaklah—
(a)
memastikan proses membuat keputusan pertikaian adalah bebas, adil dan saksama;
(b)
menyediakan akses yang mudah dan pada kadar yang berpatutan kepada perkhidmatannya;
(c)
menyenggara tatacara pengendalian Skim Ombudsman
Kewangan yang mudah difahami, jelas dan telus;
(d)
memaklumkan keputusan pertikaian dan alasan bagi keputusan itu secara bertulis melalui suatu surat atau e-mel kepada pengadu yang layak dan anggota; dan
(e)
menyiarkan maklumat mengenai perkhidmatannya secara berkala bagi mewujudkan kesedaran awam tentang perkhidmatannya.”.
P.U. (A) 473 4
Penggantian peraturan 4