Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN (SKIM OMBUDSMAN KEWANGAN) (PINDAAN) 2024
Seksyen 5
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 4
dengan peraturan yang berikut:
“Dokumen konstituen dan terma rujukan Skim Ombudsman Kewangan 4.
(1)
Pengendali skim hendaklah mengemukakan dokumen konstituen dan terma rujukan Skim Ombudsman Kewangan untuk kelulusan Bank sebelum mengendalikan Skim Ombudsman Kewangan.
(2)
Kandungan dokumen konstituen yang disebut di bawah subperaturan (1) hendaklah termasuk—
(a)
tatacara keanggotaan, termasuk hal keadaan pemberhentian keanggotaan itu;
(b)
fi langganan dan fi atau caj lain yang kena dibayar oleh suatu anggota atau mana-mana golongan anggota, termasuk fi berlainan yang boleh dikenakan terhadap golongan anggota yang berlainan; dan
(c)
tatacara bagi memastikan pematuhan kepada terma keanggotaan jika berlaku apa-apa kemungkiran terhadap terma keanggotaan itu.
(3)
Kandungan terma rujukan yang disebut di bawah subperaturan (1)
hendaklah termasuk—
(a)
jenis pertikaian yang boleh dirujuk kepada
Skim Ombudsman Kewangan; dan
(b)
proses penyelesaian pertikaian
Skim
Ombudsman
Kewangan termasuk—
P.U. (A) 473 5
(i)
tatacara dan tempoh masa bagi suatu anggota memberikan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud penyelesaian pertikaian yang dirujuk kepada
Skim Ombudsman Kewangan;
(ii)
tatacara dan tempoh masa bagi suatu anggota untuk mematuhi apa-apa award yang diberikan di bawah
Skim Ombudsman Kewangan;
(iii)
kategori pengadu yang layak;
(iv)
jenis award yang boleh diberi berkenaan dengan suatu pertikaian;
(v)
tatacara dan tempoh masa bagi suatu pertikaian dirujuk kepada Skim Ombudsman Kewangan;
(vi)
hal keadaan yang suatu pertikaian boleh enggan diterima atau ditolak;
(vii)
hal keadaan dan tempoh masa bagi pengantaraan atau adjudikasi suatu pertikaian di bawah
Skim Ombudsman Kewangan; dan
(viii)
tatacara bagi memastikan pengadu yang layak dan anggota mematuhi pada setiap masa kewajipan kerahsiaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan 8.
(4)
Pengendali skim hendaklah mengendalikan Skim Ombudsman
Kewangan mengikut dokumen konstituen dan terma rujukan yang diluluskan.
P.U. (A) 473 6
(5)
Tiada pindaan boleh dibuat kepada dokumen konstituen dan terma rujukan yang diluluskan tanpa—
(a)
rundingan terdahulu dengan anggota; dan
(b)
kelulusan bertulis terdahulu Bank.
(6)
Pengendali skim hendaklah menyiarkan dokumen konstituen yang diluluskan, terma rujukan yang diluluskan dan apa-apa pindaan kepada dokumen konstituen dan terma rujukan yang diluluskan itu dalam laman sesawang pengendali skim atau dalam apa-apa bentuk dan cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.”.
Pindaan peraturan 11