Skip to content
Contents

7. Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 11

Feedback & support

peraturan yang berikut:

s 11A“Semakan bebas terhadap Skim Ombudsman Kewangan

(1)

Pengendali skim hendaklah melantik suatu pihak bebas yang mempunyai kepakaran yang berkaitan untuk menjalankan suatu semakan bebas terhadap Skim Ombudsman Kewangan, yang hendaklah termasuk suatu penilaian kualitatif dan kuantitatif bagi pelaksanaan Skim Ombudsman

P.U. (A) 473 7

Kewangan, tiga tahun dari tarikh permulaan operasinya dan kemudiannya, sekurang-kurangnya sekali dalam setiap lima tahun.

(2)

Pengendali skim hendaklah berunding dengan Bank mengenai ruang lingkup semakan bebas dan terma pelantikan penyemak bebas.

(3)

Pengendali skim hendaklah—

(a)

bekerjasama dengan penyemak bebas dan memberikan akses kepada semua dokumen dan maklumat yang diminta;

dan

(b)

menanggung kos dan perbelanjaan bagi semakan bebas itu.

(4)

Walau apa pun subperaturan (1), Bank boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan supaya suatu semakan bebas dijalankan atau mengarahkan supaya ruang lingkup semakan bebas itu diperluas.”.

Pemotongan Jadual 8.

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong Jadual.

Dibuat 31 Disember 2024

[BNM/JUN/1125/35/41; PN(PU2)625/III]

DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN

Menteri Kewangan II

P.U. (A) 473 8

DEVELOPMENT FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 2002

DEVELOPMENT FINANCIAL INSTITUTIONS (FINANCIAL OMBUDSMAN SCHEME)

(AMENDMENT) REGULATIONS 2024

Report