Skip to content

Seksyen 23

Rancangan penyenggaraan dan keselamatan penutupan

of Peraturan-Peraturan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (Permit dan Pelesenan Luar Pesisir) 2025

P.U. (A)In forceProvision 23 of 46
Seksyen 23

(1)

Rancangan penyenggaraan dan keselamatan penutupan yang disebut dalam peraturan 15 hendaklah mengandungi—

(a)

cadangan jadual bagi pembaikpulihan rutin;

(b)

cadangan protokol keselamatan yang hendaklah dipatuhi semasa penutupan sementara disebabkan oleh aktiviti penyenggaraan yang tidak dirancang atau situasi kecemasan.

(2)

Walau apa pun apa-apa rancangan penyenggaraan dan keselamatan penutupan yang dikemukakan, pengendali luar pesisir hendaklah mematuhi—

(a)

protokol keselamatan minimum yang ditentukan oleh Agensi;

(b)

undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan;

dan

(c)

undang-undang alam sekitar yang berkaitan.

(3)

Bagi maksud peraturan ini, “pembaikpulihan rutin” ertinya kerja penyenggaraan terjadual atau berkala untuk memulihkan atau mempertingkatkan kebolehpercayaan dan kebolehkendalian aset, kelengkapan, kemudahan termasuk apa-apa kemudahan suntikan atau tangki, jentera, platform, talian paip, stesen pam atau struktur lain, tetap atau tidak tetap, yang digunakan bagi apa-apa aktiviti yang dijalankan menurut lesen penyimpanan luar pesisir.

P.U. (A) 346 22