Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002

Seksyen 10

(2)

Bagi maksud semakan, Ketua Pendaftar hendaklah, tiap-tiap bulan, menyediakan senarai nama pemilih daripada daftar pemilih induk yang telah meninggal dunia atau hilang kelayakan untuk didaftarkan dan Ketua Pendaftar hendaklah mengemaskinikan daftar pemilih induk itu dengan memotong nama pemilih yang telah meninggal dunia atau hilang kelayakan untuk didaftarkan.

(3)

Dalam mengemaskinikan daftar pemilih induk di bawah subperaturan (2), Ketua Pendaftar boleh—

(a)

mengarahkan Pendaftar atau mana-mana orang yang dilantik olehnya secara bertulis untuk membuat siasatan dari rumah ke rumah atau siasatan lain sebagaimana yang difikirkannya perlu; atau

(b)

sama ada olehnya sendiri atau melalui Pendaftar bagi maksud itu, menghantar suatu notis yang menghendaki maklumat kepada orang yang daripadanya maklumat itu dikehendaki dengan cara pos biasa yang dialamatkan kepada orang itu atau dengan menyampaikan notis itu kepada orang itu sendiri atau kepada seseorang anggota isi rumahnya yang dewasa.

(4)

Jika mana-mana orang yang daripadanya maklumat itu dikehendaki tidak memberikan maklumat itu kepada Ketua Pendaftar atau Pendaftar dalam masa tujuh hari selepas notis di bawah perenggan (3)(b) disampaikan kepadanya oleh Ketua Pendaftar atau Pendaftar, maka selain apa-apa penalti yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis, namanya hendaklah dipotong daripada daftar pemilih induk sekiranya dia berdaftar sebagai pemilih.

(5)

Pendaftar dan tiap-tiap orang yang dilantik oleh Ketua

Pendaftar di bawah perenggan (3)(a) yang kepadanya telah diberikan apa-apa maklumat atau yang olehnya maklumat itu dikumpulkan di bawah peraturan ini hendaklah dengan serta-merta memberikan maklumat itu kepada Ketua Pendaftar.

WJW22/0142 P.U.(A) 293BM.indd 10 2/14/22 8:23 AM

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya

(Pendaftaran Pemilih)

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002