Seksyen 3
Kawasan pendaftaran dan unit pendaftaran
of Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002
P.U. (A)In forceProvision 3 of 32
Seksyen 3
(1)
Setiap unit bahagian pilihan raya Parlimen terdiri daripada bahagian pilihan raya Negeri dan daerah mengundi dan menjadi suatu kawasan pendaftaran.
(2)
Setiap daerah mengundi hendaklah menjadi suatu unit pendaftaran yang berasingan di dalam suatu kawasan pendaftaran.
(3)
Daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan hendaklah dibuat dalam bahagian yang berasingan bagi setiap unit pendaftaran di dalam kawasan pendaftaran.