Skip to content

Seksyen 23

of Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002

P.U. (A)In forceProvision 24 of 32

Seksyen 23

(1)

Kecuali dalam hal subperaturan 10(3) dan 13(2), semua notis yang dikehendaki supaya diberikan oleh seorang Pendaftar atau Pegawai Pengadil hendaklah disifatkan telah diberikan dengan sewajarnya jika dihantar dengan pos berdaftar kepada alamat, jika ada, yang diberikan dalam sesuatu tuntutan atau bantahan, atau, jika alamat sedemikian tidak ada, kepada alamat yang diberikan dalam daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan.

(2)

Pendaftar atau Pegawai Pengadil boleh, dari semasa ke semasa, menangguhkan apa-apa prosiding di hadapannya di bawah

Peraturan-Peraturan ini kepada apa-apa tarikh, bila-bila masa dan mana-mana tempat yang sesuai.