Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Ketua Pendaftar”, “Pendaftar” dan “Penolong Pendaftar”

masing-masing ertinya Ketua Pendaftar Pemilih, Pendaftar

Pemilih dan Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik di bawah seksyen 8 Akta;

“Pegawai Pengadil” ertinya Pegawai Pengadil yang dilantik di bawah seksyen 8 Akta;

WJW22/0142 P.U.(A) 293BM.indd 5 2/14/22 8:23 AM

Undang-Undang Malaysia 6

“pengundi tidak hadir” ertinya seseorang warganegara yang telah mencapai umur lapan belas tahun pada tarikh kelayakan dan—

(a)

ialah seorang anggota yang berkhidmat dengan mana-mana angkatan tentera laut tetap, angkatan tentera biasa tetap atau angkatan tentera udara tetap Malaysia, Komanwel atau negara lain;

(b)

ialah isteri atau suami kepada seseorang anggota yang berkhidmat dengan mana-mana angkatan tentera yang disebut dalam perenggan (a), yang memilih untuk menjadi seorang pengundi tidak hadir;

(c)

yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam Kerajaan

Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri atau berkhidmat dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya oleh undang-undang Persekutuan atau undang-undang Negeri, dan yang sedang menjalankan tugas di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau

Sabah atau Sarawak;

(d)

ialah isteri atau suami kepada seseorang yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam Kerajaan Malaysia atau

Kerajaan mana-mana Negeri atau berkhidmat dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya oleh undang-undang Persekutuan atau undang-undang Negeri, yang tinggal bersama suami atau isterinya itu di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak pada tarikh permohonannya untuk didaftarkan sebagai seorang pemilih Parlimen atau pemilih Negeri;

(e)

yang sedang belajar sepenuh masa di mana-mana universiti, maktab latihan atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau

Sabah atau Sarawak; atau

(f)

ialah isteri atau suami kepada seseorang yang sedang belajar sepenuh masa di mana-mana universiti, maktab latihan atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau

WJW22/0142 P.U.(A) 293BM.indd 6 2/14/22 8:23 AM

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya

(Pendaftaran Pemilih)

7

Sarawak, yang tinggal bersama suami atau isterinya itu pada tarikh permohonan untuk didaftarkan sebagai seorang pemilih Parlimen atau pemilih Negeri.

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002