2. Tafsiran
Feedback & supportDalam Perintah ini—
“eksport” ertinya eksport langsung dari Malaysia hasil pertanian atau keluaran daripada pengilangan tetapi tidak termasuk—
jualan kepada mana-mana syarikat di dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai zon bebas di bawah Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438];
jualan kepada mana-mana syarikat yang diberikan lesen untuk penggudangan atau lesen untuk menjalankan apa-apa proses pengilangan di bawah seksyen 65 atau 65A Akta Kastam 1967 [Akta 235], mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
jualan kepada mana-mana syarikat di dalam Langkawi, Labuan atau Tioman;
“hasil pertanian” ertinya buah-buahan segar dan kering, bunga-bunga segar dan kering, pokok hiasan, dan termasuk ikan hiasan, udang mentah sejuk beku,
3
udang masak dan dibuang kulit sejuk beku, sotong katak mentah sejuk beku dan sotong mentah sejuk beku;
“pengilangan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam perenggan 9
Jadual 7A kepada Akta;
“syarikat yang layak” ertinya syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia.