Skip to content
In forceAs enacted
Contents

4. Amaun pendapatan yang dikecualikan

Feedback & support
(1)

Amaun pendapatan yang dikecualikan di bawah perenggan 3 ialah suatu amaun yang bersamaan dengan—

(a)

sepuluh peratus daripada nilai peningkatan eksport bagi keluaran pengilangan syarikat yang layak itu jika keluaran pengilangan yang dieksport itu mencapai sekurang-kurangnya tiga puluh peratus nilai tambah;

(b)

lima belas peratus daripada nilai peningkatan eksport bagi keluaran pengilangan syarikat yang layak itu jika keluaran pengilangan yang dieksport itu mencapai sekurang-kurangnya lima puluh peratus nilai tambah; atau

(c)

sepuluh peratus daripada nilai peningkatan eksport bagi hasil pertanian syarikat yang layak itu.

(2)

Walau apa pun subperenggan (1), amaun pendapatan yang dikecualikan hendaklah tidak melebihi tujuh puluh peratus daripada pendapatan berkanun syarikat yang layak itu bagi suatu tahun taksiran.

(3)

Dalam perenggan ini, “nilai tambah” ertinya harga jualan barang pada harga kilang yang ditolak jumlah kos bahan mentah.

5

Report