Skip to content
In forceAs enacted

8. Ketidakpakaian

Feedback & support

Perintah ini tidak terpakai bagi suatu syarikat yang layak berkenaan dengan eksport hasil pertanian atau keluaran daripada pengilangan yang sama jika dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—

(a)

syarikat yang layak itu telah diberikan elaun pelaburan semula di bawah

Jadual 7A kepada Akta atau elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada Akta;

(b)

syarikat yang layak itu telah diberikan apa-apa insentif di bawah

Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327];

(c)

syarikat yang layak itu telah diberikan apa-apa pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta; atau 7

(d)

syarikat yang layak itu telah membuat suatu tuntutan bagi suatu potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali—

(i)

kaedah-kaedah berhubung dengan elaun di bawah Jadual 3

kepada Akta;

(ii)

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan

Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006]; atau

(iii)

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan

Cukai) 2014 [P.U. (A) 336/2014].

Report