5. Penentuan nilai peningkatan eksport
Feedback & supportNilai peningkatan eksport hendaklah ditentukan berdasarkan perbezaan antara—
nilai percuma ke atas kapal bagi jualan eksport dalam suatu tempoh asas dengan nilai percuma ke atas kapal bagi jualan eksport dalam tempoh asas sebaik sebelum tempoh asas itu, jika kedua-dua tempoh asas bagi syarikat yang layak itu ialah tempoh dua belas bulan yang berakhir pada tarikh yang sama; atau
nilai percuma ke atas kapal purata bagi jualan eksport dalam suatu tempoh asas dengan nilai percuma ke atas kapal purata bagi jualan eksport dalam tempoh asas sebaik sebelum tempoh asas itu, jika kedua-dua tempoh asas bagi syarikat yang layak itu bukan tempoh dua belas bulan yang berakhir pada tarikh yang sama disebabkan pertukaran tempoh asas syarikat yang layak itu atau syarikat yang layak itu baru diperbadankan.
Bagi maksud subperenggan (1), nilai percuma ke atas kapal bagi jualan eksport dalam suatu tempoh asas atau tempoh asas sebaik sebelum tempoh asas itu hendaklah tidak bersamaan dengan sifar.