Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Kaedah-kaedah Bahan Letupan sebagaimana diubahsuai di bawah oleh Perkara 3 (2) Perintah ini, Peraturan-peraturan Pelesenan Senjata 1961, dan semua perundangan kecil lain yang dibuat atau disifatkan sebagai telah dibuat di bawah Akta dan Ordinan tersebut di atas adalah dengan ini diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.
(3)
Tertakluk kepada ubahsuaian-ubahsuaian tertentu yang dibuat oleh Perkara 3 (2) Perintah ini, perundangan kecil yang dibuat atau disifatkan sebagai telah dibuat di bawah Akta dan Ordinan yang tersebut di atas hendaklah dibaca bersama dengan ubahsuaian-ubahsuaian yang perlu supaya ia selaras dengan peruntukan-peruntukan Perintah ini.
(4)
Walau apapun yang terkandung dalam Akta Senjata 1960, perjalanan kuatkuasa Akta itu di Sabah dan Sarawak adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perintah Sabah dan Sarawak (Kuasakuasa Eksekutif) (Senapang Patah) 1977.