Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Ordinan Senjata-api dan Bahan Letupan 1956, Sabah, Ordinan Senjata dan Bahan Letupan Sarawak, dan perundangan kecil yang dibuat di bawah Ordinan-ordinan ini, adalah dengan ini dimansuhkan:
Dengan syarat bahawa apa-apa lesen atau permit yang dikeluarkan atau apa-apa pengecualian yang diberi di bawah mana-mana undang-undang yang dimansuhkan itu dan berkuatkuasa sebelum mula berkuatkuasanya Perintah ini, hendaklah, setakat mana pengeluaran atau pemberiannya itu tidak berlawanan dengan Akta Senjata 1960, atau Ordinan Bahan Letupan 1957, mengikut mana yang berkenaan, disifatkan sebagai telah dikeluarkan atau diberi di bawah Akta atau Ordinan itu, mengikut mana yang berkenaan, dan hendaklah terus berkuatkuasa sehingga diubah, dibatalkan atau dipinda di bawahnya.