Malaysia legislation

Section 6

of PERINTAH SENJATA DAN BAHAN LETUPAN (PERLUASAN) 1977

Seksyen 6

Jika suatu lesen atau permit berkala dikeluarkan di bawah Ordinan Senjata-api dan Bahan Letupan 1956, Sabah atau Ordinan Senjata dan Bahan Letupan Sarawak, tamat pada tarikh yang lain daripada tarikh lesen atau permit itu akan tamat jika ianya dikeluarkan di bawah undang-undang yang diperluaskan oleh Perintah ini, bayaran yang akan dikenakan untuk membaharui lesen atau permit tersebut hendaklah sebanyak yang dikira mengikut kadar satu per duabelas dari bayaran tahunan yang ditetapkan di bawah undang-undang yang diperluaskan itu bagi tiap-tiap satu bulan atau sebahagian satu bulan yang baginya lesen atau permit pembaharuan itu dikeluarkan, dan butiran 17 Jadual Kedua kepada Akta Senjata 1960, tidak boleh dipakai dalam hal seperti itu.

Section 6 — PERINTAH SENJATA DAN BAHAN LETUPAN (PERLUASAN) 1977