Malaysia legislation

Section 10

of SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH BIG SWEEP 2011

Seksyen 10

(1)

Cabutan BIG SWEEP hendaklah dijalankan pada setiap Rabu, Sabtu dan

Ahad, atau pada hari lain yang di tentukan oleh Menteri, di tempat dan pada masa yang ditetapkan.

(2)

Setiap cabutan hendaklah mempunyai satu nombor cabutan yang hendaklah dicetak pada resit tiket.

(3)

Pemegang lesen boleh, dengan kelulusan Menteri, membatalkan atau mengubah bilangan cabutan.

P.U. (B) 310 10

(4)

Pemegang lesen boleh, dengan kelulusan Menteri, mengubah jumlah bilangan nombor kemenangan.

(5)

Apabila sesuatu cabutan tidak dapat diadakan pada tarikh yang ditetapkan, cabutan hendaklah diadakan apabila keadaan mengizinkan.

(6)

Apabila pemegang lesen memutuskan untuk tidak menjalankan sesuatu cabutan, kesemua pertaruhan yang ditempah bagi cabutan tersebut hendaklah dibayar balik kepada peserta dalam tempoh yang munasabah.

(7)

Pembayaran balik hendaklah dibuat apabila peserta mengemukakan resit tiket yang sah kepada pemegang lesen atau ejennya.

(8)

Dalam suatu Cabutan BIG SWEEP untuk SUPER SWEEP, pemegang lesen hendaklah―

(a)

mencabut secara rawak lima puluh lima 6-angka Nombor Pasif yang unik daripada 000000 hingga 999999. Sebagai tambahan, satu Nombor Bonus daripada satu set sepuluh nombor yang unik akan dicabut, untuk digabungkan dengan satu daripada lima puluh lima 6-angka Nombor Pasif tersebut dan nombor yang dicabut adalah dirujuk sebagai nombor kemenangan; dan

(b)

mencabut semula satu nombor 6-angka jika sesuatu nombor yang dicabut tidak membentuk satu nombor 6-angka.

(9)

Dalam suatu Cabutan BIG SWEEP untuk MEGA SWEEP, pemegang lesen hendaklah―

(a)

mencabut secara rawak tiga ratus lima puluh enam 7-angka

Nombor Pasif yang unik daripada 0000000 hingga 9999999.

Sebagai tambahan, satu Nombor Bonus daripada satu set sepuluh nombor yang unik akan dicabut, untuk digabungkan dengan satu

P.U. (B) 310 11

daripada tiga ratus lima puluh enam 7-angka Nombor Pasif tersebut dan nombor yang dicabut adalah dirujuk sebagai nombor kemenangan; dan

(b)

mencabut semula satu nombor 7-angka jika sesuatu nombor yang dicabut tidak membentuk satu nombor 7-angka.

(10)

Dalam keadaan proses cabutan terganggu disebabkan masalah teknikal, pemegang lesen hendaklah menyambungkan semula proses cabutan apabila keadaan mengizinkan. Dalam hal itu, semua nombor yang dicabut sebelumnya hendaklah diakui sebagai nombor kemenangan bagi semua tujuan, termasuk pembayaran hadiah khususnya bagi Cabutan BIG SWEEP tersebut.

(11)

Dalam keadaan proses cabutan terganggu disebabkan bencana alam, apa-apa kejadian yang berlaku secara kebetulan atau force majeure yang mengakibatkan kehilangan rekod, dan oleh sebab penamatan proses cabutan tersebut memerlukan cabutan dimulakan semula, proses cabutan yang terdahulunya hendaklah dibatalkan untuk semua tujuan, termasuk pembayaran hadiah.

(12)

Pemegang lesen adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kesilapan yang dibuat dalam penerbitan nombor kemenangan dalam apa jua perantara dan adalah tidak bertanggungan dalam apa jua cara terhadap mana-mana orang bagi apa-apa kerugian yang dialami yang disebabkan oleh kesilapan itu.

(13)

Sijil hendaklah diakui dan dianggap sebagai rekod rasmi tunggal dan adalah muktamad, konklusif dan mengikat ke atas semua pihak.

Hadiah dan nombor kemenangan

Section 10 — SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH BIG SWEEP 2011