Malaysia legislation
Section 17
of SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH BIG SWEEP 2011
Seksyen 17
Syarat am
(1)
Pemegang lesen boleh, menurut budi bicaranya pada bila-bila masa menolak untuk membayar balik mana-mana tiket yang telah dijual atau menerima mana-mana tiket yang dikembalikan untuk ditukar kepada resit tiket yang lain.
(2)
Pemegang lesen boleh, menurut budi bicaranya dan pada bila-bila masa menarik kembali atau enggan mengeluarkan, mengedarkan, mengesahkan, menebus atau sebaliknya menerima kesemua atau mana-mana bahagian daripada mana-mana tiket atau mengisytiharkan mana-mana resit tiket sebagai terbatal.
(3)
Jualan resit tiket kepada dan pembelian resit tiket oleh mana-mana orang hendaklah mengikut subseksyen 20(1) Akta.
P.U. (B) 310 22
(4)
Pemegang lesen tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang dialami oleh mana-mana orang akibat daripada operasi sistem dalam talian atau kegagalan sistem dalam talian untuk beroperasi sewajarnya atau sama sekali.
(5)
Mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam Pertaruhan SABAH
BIG SWEEP hendaklah dianggap telah menerima dan hendaklah terikat dengan peruntukan Skim ini.
Dikemukakan kepada Menteri Kewangan oleh Pengarah Diriwan Corporation Sendirian
Berhad pada 4 Mac 2002.
Tan Sri Dato’ Yap Yong Seong
Pengarah
Diriwan Corporation
Sendirian Berhad Kuala Lumpur