Malaysia legislation

Section 6

of SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH BIG SWEEP 2011

Seksyen 6

(1)

Dalam penempahan Pertaruhan BIG SWEEP, peserta hendaklah memilih dan membeli suatu resit tiket pracetak atau resit tiket yang dikeluarkan oleh sistem dalam talian mengikut peruntukan dalam subperenggan 11(3) hingga 11(5) bagi nombor cabutan dan tarikh cabutan yang tertentu.

(2)

Peserta boleh memilih nombor ramalan dan membayar pertaruhannya dalam mana-mana cara yang berikut:

P.U. (B) 310 7

(a)

dengan melengkapkan slip taruhan mengikut arahan yang dinyatakan pada slip taruhan dan mengemukakannya kepada ejen bagi tujuan pemprosesan melalui sistem dalam talian;

(b)

dengan memohon satu tiket Quick Pick; atau

(c)

dengan mengarahkan ejen secara lisan.

(3)

Resit tiket yang dicetak dengan sah adalah bukti pembelian yang sah dan penyertaan dalam Cabutan BIG SWEEP yang berkenaan.

(4)

Slip pertaruhan tidak menjadi bukti pembelian yang sah dan penyertaan dalam Cabutan BIG SWEEP.

(5)

Dalam pertaruhan MINI SWEEP, peserta hendaklah membeli suatu resit tiket yang terdiri daripada bahagian serta-merta sahaja. Bahagian serta-merta tersebut mempunyai keputusan yang ditentukan lebih awal, dicetak dan ditutup di bawah suatu lapisan pelindung di atas kertas salut vanis, plastik atau apa-apa bahan yang lain.

Apabila pelindung lapisan ditanggalkan daripada resit tiket tersebut, maklumat awal yang telah ditentukan akan menunjukkan jika resit tiket tersebut layak untuk suatu hadiah.

(6)

Dalam pertaruhan SUPER SWEEP, peserta hendaklah membeli suatu resit tiket pracetak yang terdiri daripada bahagian pasif dan bahagian serta-merta, atau membuat pemilihannya daripada 6-angka Nombor Pasif dan satu Nombor Bonus melalui sistem dalam talian atau kaedah lain seumpamanya sebagaimana yang dianggap sesuai oleh pemegang lesen. 6-angka Nombor Pasif tersebut hendaklah dipilih daripada julat 000000 hingga 999999, manakala Nombor Bonus hendaklah dipilih daripada satu set sepuluh nombor yang unik.

(7)

Dalam pertaruhan MEGA SWEEP, peserta hendaklah membeli suatu resit tiket pracetak yang terdiri daripada bahagian pasif dan bahagian serta-merta, atau membuat pemilihannya daripada 7-angka Nombor Pasif dan satu Nombor Bonus

P.U. (B) 310 8

melalui sistem dalam talian atau kaedah lain seumpamanya sebagaimana yang dianggap sesuai oleh pemegang lesen 7-angka Nombor Pasif tersebut hendaklah dipilih daripada julat 0000000 hingga 9999999, manakala Nombor Bonus hendaklah dipilih daripada satu set sepuluh nombor yang unik.

Resit tiket

Section 6 — SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH BIG SWEEP 2011