Skip to content

Seksyen 7

Resit tiket

of Skim bagi Pengendalian, Penganjuran dan Pengurusan Pertaruhan Sabah Big Sweep 2011

P.U. (B)In forceProvision 7 of 17
Seksyen 7

(1)

Resit tiket bagi Pertaruhan BIG SWEEP hendaklah dikeluarkan dan dijual di premis yang ditetapkan dalam lesen.

(2)

Resit tiket Pertaruhan BIG SWEEP hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(a)

nama SABAH BIG SWEEP;

(b)

MINI SWEEP, SUPER SWEEP atau MEGA SWEEP, mengikut mana yang berkenaan;

(c)

Nombor Pasif atau Nombor Pasif dan Nombor Bonus pada bahagian pasif;

(d)

nombor atau huruf atau aksara atau simbol atau mana-mana kombinasi seumpamanya pada bahagian serta-merta;

(e)

nombor cabutan dan tarikh cabutan;

(f)

harga;

(g)

kod pengenalan dan kod keselamatan; dan

(h)

maklumat lain yang berkaitan.

P.U. (B) 310 9