Skip to content

Seksyen 11

of Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993

ActIn forceProvision 11 of 20

Seksyen 11

(1)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, membuat apa-apa kaedah sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan atau mencapai matlamat dan maksud Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah boleh dibuat—

(a)

untuk mengadakan peruntukan bagi kawalan oleh Ketua

Pengarah tentang apa-apa projek yang dijalankan oleh seseorang pengendali berlesen untuk memajukan dan membangunkan kemudahan dan perkhidmatan di mana-Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 13

mana rumah penyembelihan;

(b)

untuk mengadakan peruntukan bagi reka bentuk dan spesifikasi rumah penyembelihan yang baru;

(c)

untuk mengawal selia penggunaan selamat rumah penyembelihan dan premis yang di bawah kawalan seseorang pengendali berlesen;

(d)

untuk mengadakan peruntukan bagi kebersihan rumah penyembelihan dan premis dalam kawasan rumah penyembelihan, dan untuk mencegah pencemaran kawasan sekeliling;

(e)

untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan orang yang bekerja dalam sesuatu rumah penyembelihan;

(f)

untuk menetapkan apa-apa fi atau caj sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini;

(g)

untuk memastikan kawalan yang sepatutnya ke atas penyembelihan haiwan; dan

(h)

secara amnya untuk memberi kuat kuasa kepada peruntukan Akta ini.