Skip to content

Seksyen 3

of Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993

ActIn forceProvision 3 of 20

Seksyen 3

(1)

Menteri boleh memberi lesen kepada mana-mana orang atau kumpulan orang yang tender atau cadangannya untuk mengendalikan rumah penyembelihan telah diterima oleh Kerajaan.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan—

(a)

tempoh lesen itu;

(b)

fi lesen tahunan yang kena dibayar oleh pemegang lesen;

(c)

tugas tertentu pemegang lesen berkenaan dengan perkhidmatan yang akan diadakan olehnya; dan

(d)

apa-apa perkara atau syarat lain sebagaimana yang

Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 7

difikirkan patut oleh Menteri.

(3)

Pengeluaran sesuatu lesen kepada mana-mana orang atau kumpulan orang di bawah subseksyen (1) hendaklah tidak mengenakan apa-apa liabiliti ke atas Kerajaan Malaysia bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran orang atau kumpulan orang itu.