Skip to content

Seksyen 15

of Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993

ActIn forceProvision 15 of 20

Seksyen 15

(1)

Ketua Pengarah hendaklah, sebagai tambahan kepada kuasa yang diberikan dan fungsi dan tugas yang dikenakan ke atasnya oleh mana-mana undang-undang bertulis, menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan pengadaan perkhidmatan rumah penyembelihan dan pengurusan kemudahan rumah penyembelihan oleh seseorang pengendali berlesen.

(2)

Ketua Pengarah hendaklah, dengan kelulusan Menteri, melalui kaedah-kaedah, menetapkan apa-apa standard prestasi mengenai pengadaan perkhidmatan rumah penyembelihan yang, pada pendapatnya, patut dicapai oleh seseorang pengendali berlesen

Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 15