Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian I · Permulaan

2. Tafsiran

Feedback & support

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Haiwan yang dilantik di bawah seksyen 3 Ordinan Haiwan 1953 [Ord.17

tahun 1963] dan termasuklah Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen yang sama;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 507

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian II;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kawalan rumah penyembelihan;

“pengendali berlesen” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilesenkan di bawah Bahagian II untuk mengendalikan rumah penyembelihan;

“rumah penyembelihan” ertinya mana-mana tempat, dengan kemudahan yang sepatutnya untuk pemeriksaan daging, bagi menyembelih haiwan yang ditentukan dalam Jadual;

“untuk mengendalikan” ertinya untuk membina atau untuk menguruskan rumah penyembelihan atau untuk mengadakan perkhidmatan rumah penyembelihan.

Report

Bahagian II

Lesen untuk Mengendalikan Rumah Penyembelihan, Penggantungan dan Pembatalan Lesen

Bahagian III

Tugas Pengendali Berlesen

Bahagian IV

Caj dan Fi

Bahagian V

Kaedah-Kaedah, Penalti Am, Kesalahan Oleh Pertubuhan Perbadanan dan Penjalanan Pendakwaan

Bahagian VI

Pelbagai

Schedules