Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian II · Lesen untuk Mengendalikan Rumah Penyembelihan, Penggantungan dan Pembatalan Lesen

5. Penggantungan atau pembatalan lesen atas pelanggaran Akta atau kaedah-kaedah

Feedback & support
(1)

Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa seorang pengendali berlesen telah melanggar atau telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat bawahnya, dia hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu laporan mengenai pelanggaran atau ketidakpatuhan oleh pengendali berlesen itu.

(2)

Jika, selepas menimbangkan laporan daripada Ketua

Pengarah,

Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran atau ketidakpatuhan itu bersifat serius atau telah menjejaskan atau berkemungkinan menjejaskan kepentingan atau keselamatan awam, dia hendaklah memberi kepada pengendali berlesen itu suatu notis yang menyatakan bahawa dia bercadang untuk menggantungkan atau membatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, lesen pengendali berlesen itu dan notis itu hendaklah juga menyatakan—

Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 9

(a)

peruntukan Akta atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya yang telah dilanggar oleh pengendali berlesen itu dan perbuatan atau peninggalan yang menjadi pelanggaran itu; dan

(b)

tempoh (yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalamnya pengendali berlesen itu boleh membuat representasi berkenaan dengan penggantungan atau pembatalan yang dicadangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pengendali berlesen itu, jika ada, Menteri hendaklah memutuskan sama ada hendak meneruskan tindakan yang dicadangkan itu atau tidak akan mengambil apa-apa tindakan lanjut.

(4)

Suatu notis hendaklah diberikan oleh Menteri kepada pengendali berlesen itu mengenai keputusannya dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang notis tersebut disampaikan kepada pengendali berlesen itu.

(5)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif.

Report

Bahagian III

Tugas Pengendali Berlesen

Bahagian IV

Caj dan Fi

Bahagian V

Kaedah-Kaedah, Penalti Am, Kesalahan Oleh Pertubuhan Perbadanan dan Penjalanan Pendakwaan

Bahagian VI

Pelbagai

Schedules