Skip to content
ActIn force

Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 1958

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1958
Sections
13
Languages
EN · MS

Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 1958 is Malaysia Act, cited as Act 411 1958, currently marked in force and first recorded in 1958.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 411

AKTA PINJAMAN

(BANK ANTARABANGSA) 1958

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Loans (International Bank)

Act 1958 [Act 411]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa

Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

2

Pertama kali diperbuat

… … … … … … 1958 (Akta No. 41

tahun 1958)

Disemak

… … … … … … 1989 (Akta 411 m.b.p.

28 Disember 1989)

3

Akta 411

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi mendapatkan pinjaman daripada Bank Antarabangsa bagi Pembinaan Semula dan Pembangunan bagi Malaysia dan bagi pihak berkuasa berkanun tertentu dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [*Semenanjung Malaysia–13 November 1958; Sabah dan Sarawak–1 Oktober 1964] Tajuk ringkas dan pemakaian

Tafsiran

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Bank” ertinya Bank Antarabangsa bagi Pembinaan Semula dan

Pembangunan;

“Kumpulan Wang Disatukan” ertinya Kumpulan Wang Disatukan

Persekutuan yang ditubuhkan oleh

Perkara 97

Perlembagaan Persekutuan;

* CATATAN–Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

“Semenanjung Malaysia” -lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996] subseksyen 5(2).

6 Undang-Undang Malaysia Akta 411

“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;

“pihak berkuasa berkanun” ertinya suatu pihak berkuasa tempatan dan mana-mana badan yang diperbadankan secara langsung oleh mana-mana undang-undang bertulis dan menjalankan kuasa yang terletak hak kepada badan itu oleh undang-undang bagi maksud awam.

(2)

Berhubung dengan pemakaian Akta ini bagi Sabah dan Sarawak, sebutan mengenai mana-mana undang-undang bertulis atau mana-mana peruntukannya, yang berkuat kuasa di *Semenanjung Malaysia hendaklah—

(a)

jika undang-undang bertulis itu telah diperluaskan untuk dipakai bagi Sabah dan Sarawak, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai undang-undang bertulis itu atau peruntukannya sebagaimana yang diperluaskan demikian;

atau

(b)

jika undang-undang bertulis itu belum lagi diperluaskan demikian, ditafsirkan sebagai sebutan yang bersamaan dengan undang-undang bertulis atau peruntukan, jika ada, yang berkuat kuasa di Sabah dan Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Kuasa Malaysia untuk meminjam daripada Bank Antarabangsa

(1)

Tertakluk pada Perlembagaan Persekutuan dan Akta ini,

Kerajaan Malaysia boleh mengikut apa-apa cara dan atas apa-apa terma dan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Bank meminjam daripada Bank dari semasa ke semasa apa-apa jumlah wang sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan.

(2)

Apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Kerajaan di bawah kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) bagi keperluan

* CATATAN–Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

“Semenanjung Malaysia” -lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996] subseksyen 5(2).

Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 7

Kerajaan hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan dan hendaklah, walau apa pun seksyen 3 Akta Kumpulan Wang

Pembangunan 1966 [Akta 406], digunakan dan dengan ini diperuntukkan bagi maksud yang baginya wang itu dipinjam sebagaimana yang dinyatakan dalam mana-mana perjanjian yang dibuat dengan Bank berkenaan dengan jumlah wang yang dipinjam demikian:

Dengan syarat bahawa jika mana-mana bahagian jumlah wang itu tidak dapat digunakan bagi maksud yang disebut terdahulu bahagian itu bolehlah digunakan bagi apa-apa maksud lain yang diluluskan oleh

Menteri dan Bank.

(3)

Apa-apa perjanjian antara Kerajaan dengan Bank berkenaan dengan jumlah wang yang dipinjam di bawah kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) hendaklah dibuat atas nama Kerajaan Malaysia dan boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Menteri.

(4)

Dengan seberapa segera yang mungkin selepas pembuatannya suatu salinan apa-apa perjanjian yang telah dibuat dengan Bank berkenaan dengan apa-apa jumlah wang yang dipinjam di bawah kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) hendaklah dibentangkan oleh Menteri dalam Dewan Rakyat.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh atau mengurangkan daripada apa-apa kuasa lain untuk meminjam wang yang ada pada Kerajaan.

Kuasa untuk mengeluarkan surat cara termasuk bon

(1)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang, Kerajaan boleh mengeluarkan apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara lain atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan terma mana-mana perjanjian yang telah dibuat olehnya dengan Bank

8 Undang-Undang Malaysia Akta 411

berkenaan dengan apa-apa peminjaman yang dibenarkan oleh subseksyen 3(1).

(2)

Mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara lain itu boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Menteri.

Peminjaman oleh pihak berkuasa berkanun daripada Bank

(1)

Tertakluk pada Perlembagaan Persekutuan dan Akta ini, suatu pihak berkuasa berkanun boleh mengikut apa-apa cara dan atas apa-apa terma dan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang dipersetujui antara pihak berkuasa berkanun dengan Bank dan dengan kelulusan secara bertulis didapatkan terlebih dahulu daripada Menteri meminjam daripada Bank dari semasa ke semasa apa-apa jumlah wang sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa berkanun itu.

(2)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang menurutnya suatu pihak berkuasa berkanun ditubuhkan apa-apa perjanjian antara pihak berkuasa berkanun dengan Bank hendaklah sah dan mengikat pihak berkuasa itu jika ditandatangani bagi pihak berkuasa itu oleh seseorang yang diberi kuasa bagi maksud itu secara bertulis di bawah meterai pihak berkuasa berkanun.

(3)

Kuasa untuk meminjam yang diberikan oleh seksyen ini kepada suatu pihak berkuasa berkanun hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa untuk meminjam yang diberikan kepada pihak berkuasa itu oleh mana-mana undang-undang bertulis lain.

(4)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang menurutnya suatu pihak berkuasa berkanun ditubuhkan, pihak berkuasa berkanun itu boleh menggadaikan atau menggadaijanjikan segala atau mana-mana harta

(harta alih atau harta tak alih) akujanji atau hasilnya bagi menjamin apa-apa jumlah wang yang terhutang kepada Bank berkenaan dengan

Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 9

apa-apa jumlah wang yang dipinjam olehnya di bawah kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1).

(5)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis suatu pihak berkuasa berkanun boleh mengeluarkan apa-apa bon, nota janji hutang dan surat cara lain atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan apa-apa perjanjian yang dibuat olehnya dengan Bank berkenaan dengan apa-apa peminjaman yang dibenarkan oleh subseksyen (1).

Penggunaan wang pinjaman oleh pihak berkuasa berkanun

Apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh suatu pihak berkuasa berkanun di bawah kuasa yang diberikan oleh subseksyen 5(1)

hendaklah digunakan oleh pihak berkuasa itu bagi maksud yang baginya jumlah wang itu dipinjam sebagaimana yang dinyatakan dalam mana-mana perjanjian yang dibuat dengan Bank berkenaan dengan jumlah wang yang dipinjam demikian:

Dengan syarat bahawa jika apa-apa bahagian daripada jumlah wang itu tidak boleh digunakan bagi maksud yang disebut terdahulu bahagian itu bolehlah digunakan oleh pihak berkuasa berkanun itu bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Bank itu.

Kuasa Malaysia untuk menjamin pinjaman oleh Bank kepada pihak berkuasa berkanun

(1)

Kerajaan boleh mengikut apa-apa cara dan atas apa-apa terma dan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang dipersetujui antaranya dengan Bank—

(a)

menjamin penunaian oleh suatu pihak berkuasa berkanun akan obligasinya di bawah apa-apa perjanjian yang dibuat oleh pihak berkuasa berkanun itu dengan Bank itu berkenaan dengan apa-apa peminjaman yang dibenarkan

10 Undang-Undang Malaysia Akta 411

oleh subseksyen 5(1) atau di bawah apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut mana-mana perjanjian itu; dan

(b)

mengaku janji apa-apa obligasi lain sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Bank berhubungan dengan atau menurut mana-mana perjanjian, bon, nota janji hutang atau surat cara itu.

(2)

Apa-apa jaminan atau akujanji yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah diberi secara bertulis atas nama

Kerajaan Malaysia dan jaminan atau akujanji itu dan apa-apa pengindorsan pada mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara lain mengenai apa-apa jaminan yang diberikan di bawah seksyen ini boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang atau orang yang diberi kuasa padanya secara bertulis oleh Menteri.

(3)

Dengan seberapa segera yang mungkin selepas suatu jaminan atau akujanji diberikan di bawah seksyen ini, Menteri hendaklah membentangkan dalam Dewan Rakyat suatu penyata mengenai jaminan atau akujanji itu.

Sekatan ke atas kuasa meminjam bagi pihak berkuasa berkanun selagi jaminan masih belum selesai

Selagi Kerajaan akan terus bertanggungan di bawah apa-apa jaminan atau akujanji lain yang diberi pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 7(1) berkenaan dengan apa-apa peminjaman oleh suatu pihak berkuasa berkanun pihak berkuasa berkanun itu tidak boleh, kecuali dengan persetujuan Menteri, menjalankan apa-apa kuasa meminjam yang lain yang ada padanya.

Kuasa yang boleh dijalankan oleh Kerajaan jika berlaku atau dijangkakan berlaku keingkaran oleh pihak berkuasa berkanun

(1)

Jika adalah nyata kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai—

Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 11

(a)

bahawa suatu pihak berkuasa berkanun berkemungkinan akan gagal atau tidak berupaya untuk menunaikan mana-mana obligasinya di bawah mana-mana perjanjian yang dibuat olehnya dengan Bank atau di bawah mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang diterbitkan menurut mana-mana perjanjian itu; dan

(b)

bahawa

Kerajaan adalah atau boleh menjadi bertanggungan di bawah mana-mana jaminan atau akujanji lain yang diberi pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 7(1) berkenaan dengan obligasi itu,

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah memberi atau memberi kuasa kepada mana-mana orang lain untuk memberi apa-apa arahan kepada pihak berkuasa berkanun itu sebagaimana Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang lain fikir perlu atau wajar dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa perkiraan yang memuaskan dibuat oleh pihak berkuasa itu untuk membolehkannya dengan sewajarnya menunaikan obligasinya di bawah perjanjian, bon, nota janji hutang atau surat cara itu atau di bawah Akta ini.

(2)

Pihak berkuasa berkanun itu hendaklah walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang menurutnya ia ditubuhkan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh atau di bawah mana-mana perintah itu.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh atau mengurangkan apa-apa kuasa lain yang diberikan oleh undang-undang kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana

Menteri atau pegawai awam berkenaan dengan pihak berkuasa berkanun itu.

Pihak berkuasa berkanun hendaklah membayar balik kepada

Kerajaan jumlah wang yang dibayar di bawah jaminan

(1)

Jika apa-apa jumlah wang dibayar daripada

Kumpulan Wang Disatukan berkenaan dengan apa-apa liabiliti yang

12 Undang-Undang Malaysia Akta 411

ditanggung oleh Kerajaan di bawah suatu jaminan atau akujanji lain yang diberi pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 7(1) berkenaan dengan apa-apa peminjaman oleh suatu pihak berkuasa berkanun pihak berkuasa berkanun itu hendaklah membayar balik jumlah wang itu (beserta dengan bunga atasnya mengikut kadar yang sama seperti yang kena dibayar atas pinjaman di bawah perjanjian oleh pihak berkuasa berkanun itu dengan Bank)

kepada Kumpulan Wang Disatukan mengikut apa-apa cara dan pada bila-bila masa atau dengan apa-apa ansuran sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

(2)

Jika apa-apa jumlah wang dibayar sedemikian daripada

Kumpulan Wang Disatukan Menteri hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas akhir setiap tahun kewangan yang bermula dari tahun kewangan yang jumlah wang tersebut telah dibayar dan berakhir dengan tahun kewangan yang segala liabiliti berkenaan dengannya dan apa-apa bunga yang kena dibayar atasnya telah diselesaikan dengan muktamadnya oleh pihak berkuasa berkanun yang berkenaan, membentangkan dalam Dewan Rakyat, suatu penyata berkenaan dengannya.

Timbang tara

Jika apa-apa pertikaian antara Bank sebagai satu pihak dengan

Kerajaan atau suatu pihak berkuasa berkanun atau kedua-duanya sebagai pihak yang satu lagi berbangkit di bawah mana-mana perjanjian yang dibuat atau jaminan atau akujanji yang diberi pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Akta ini atau di bawah mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara itu yang diterbitkan menurut mana-mana perjanjian itu maka ia hendaklah ditentukan melalui timbang tara mengikut cara yang dipersetujui antara pihak-pihak dan apa-apa award yang dibuat dalam timbang tara itu hendaklah dikuatkuasakan dalam Malaysia dalam segala aspek seolah-olah ia telah dibuat secara sah dalam suatu timbang tara di bawah *Akta Timbang Tara 1952 [Akta 93], atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan timbang tara

* CATATAN–Akta Timbang Tara 1952 [Akta 93] telah dimansuhkan oleh Akta Timbang Tara 2005

[Akta 646].

Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 13

yang sedang berkuat kuasa di Malaysia dan bagi maksud seksyen ini peruntukan Akta atau undang-undang itu hendaklah mengikat

Kerajaan.

Pelaksanaan obligasi di bawah perjanjian

(1)

Tertakluk pada Perlembagaan Persekutuan tetapi walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang yang sedia ada lain apa-apa perjanjian yang dibuat dengan Bank berkenaan dengan apa-apa peminjaman yang dibenarkan oleh subseksyen 3(1) atau subseksyen 5(1) apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang diterbitkan menurut mana-mana perjanjian itu dan apa-apa jaminan atau akujanji yang diberi berkenaan dengan mana-mana perjanjian, bon, nota janji hutang atau surat cara tersebut oleh Kerajaan atau suatu pihak berkuasa berkanun hendaklah sah dan boleh dikuatkuasakan dan mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sepenuhnya dalam Malaysia mengikut termanya masing-masing.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1)—

(a)

Menteri boleh memperuntukkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta bahawa apa-apa cukai atau duti yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967

[Akta 53], atau Akta Setem 1949 [Akta 378], masing-masingnya hendaklah diremitkan jika remitan itu perlu bagi melaksanakan sepenuhnya dan secukupnya mana-mana perjanjian, bon, nota janji hutang atau surat cara atau jaminan itu;

(b)

tiada apa-apa jua dalam Akta Kawalan Pertukaran 1953

[Akta 17], terpakai bagi apa-apa urusan yang dikehendaki bagi melaksanakan pembayaran dengan apa-apa mata wang bagi apa-apa jumlah wang mengikut terma apa-apa perjanjian, surat cara, bon atau jaminan itu dengan apa-apa mata wang.

(3)

Kerajaan atau mana-mana agensinya atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau Bank Negara Malaysia tidak boleh kecuali

14 Undang-Undang Malaysia Akta 411

sebagaimana yang dipersetujui selainnya antara Menteri dengan Bank mewujudkan apa-apa lien ke atas mana-mana asetnya sebagai cagaran bagi apa-apa hutang luar negeri melainkan jika diperuntukkan dengan nyata bahawa lien itu akan ipso facto secara sama dan dengan mengikut kadar menjamin pembayaran bagi wang pokok dan bunga dan caj lain atas mana-mana pinjaman yang dibuat oleh atau apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara yang dikeluarkan menurut apa-apa pinjaman yang diberi oleh Bank kepada Kerajaan atau kepada suatu pihak berkuasa berkanun.

(4)

Dalam subseksyen (3)—

“lien” termasuklah gadai janji, sandaran, gadaian, keistimewaan dan apa-apa jenis prioriti;

“hutang luar negeri” ertinya apa-apa hutang yang kena dibayar dalam apa-apa medium selain mata wang yang pada masa berkenaan itu sah diperlakukan bagi pembayaran hutang persendirian dan hutang awam di Malaysia sama ada hutang itu kena dibayar secara mutlak atau atas opsyen pemiutang dalam apa-apa medium lain.

(5)

Bagi maksud subseksyen (3) aset Kerajaan termasuklah apa-apa hak, kepentingan atau syer yang Kerajaaan miliki atau mungkin miliki dalam Kumpulan Wang Mata Wang atau mana-mana bahagian asetnya, yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Mata Wang

Tanah Melayu British Borneo 1950.

Ratifikasi perjanjian yang sedia ada

Perjanjian yang dibuat antara Bank dengan Lembaga Letrik

Negara Persekutuan Tanah Melayu pada 22 September 1958, dan

Perjanjian Jaminan yang dibuat pada tarikh yang sama antara

Kerajaan atas nama Persekutuan Tanah Melayu dengan Bank dengan ini diratifikasikan dan disahkan dalam segala hal dan hendaklah berkuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah Akta ini telah berkuat kuasa pada tarikh itu dan perjanjian tersebut telah dibuat dan dilaksanakan dengan sewajarnya pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah Akta ini.

15

Akta 411

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. 325/1964

Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang

(Bank Antarabangsa dan Pinjaman Jaminan)

(Peluasan) 1964

08-10-1964

Akta 70/1966

Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966

01-01-1967

Akta A996

Akta Tafsiran (Pindaan) 1997

24-07-1997

16

Akta 411

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

2

P.U. 325/1964 08-10-1964 3

P.U. 325/1964 08-10-1964 7

P.U. 325/1964 08-10-1964 12

P.U. 325/1964 08-10-1964

Common questions

What is Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 1958?
Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 1958 is Malaysia Act, cited as Act 411 1958, currently marked in force and first recorded in 1958.
Is Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 1958 still in force?
Yes — Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 1958 is currently in force.
When did Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 1958 take effect?
Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 1958 was first recorded in 1958.
How many sections does Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 1958 have?
Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 1958 contains 13 sections.
Where can I read the official version of Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 1958?
The official text of Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 1958 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.