Skip to content
ActIn force

Akta Universiti Malaya 1961

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1961
Sections
12
Languages
EN · MS

Akta Universiti Malaya 1961 is Malaysia Act, cited as Act 682 1961, currently marked in force and first recorded in 1961.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 682

AKTA UNIVERSITI MALAYA

1961

Sebagaimana pada 1 November 2017

Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi University of Malaya Act 1961.

[Act 682]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa

Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

2

Pertama kali diperbuat … … …

… 1961 (Akta No. 44 tahun 1961)

Disemak…

… … … … … 2007 (Akta 682 m.b.p.

6 Disember 2007)

3

Akta 682

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan dan pemerbadanan Universiti Malaya dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [1 Januari 1962, P.U. 400/1961] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Universiti Malaya 1961 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta”, “peraturan” dan “Statut” masing-masingnya mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Perlembagaan;

“hari yang ditetapkan” ertinya hari yang ditetapkan di bawah seksyen 1;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 682

“Perlembagaan” ertinya Perlembagaan Universiti yang terkandung dalam *Jadual kepada Akta ini, sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Universiti;

“skim simpanan” ertinya –

(a)

apa-apa skim kumpulan wang simpanan yang ditubuhkan oleh Universiti Malaya di bawah kuasa yang diberikan kepada Universiti oleh Perlembagaan yang terkandung dalam Jadual kepada Ordinan Universiti Malaya 1949

[Ord. No. 17 tahun 1949]; dan

(b)

apa-apa skim simpanan yang diteruskan kuat kuasanya melalui apa-apa kaedah-kaedah yang dibuat di bawah

Ordinan

Universiti

Malaya 1949

Singapura

[Ord. No. 12 tahun 1949];

“Universiti” ertinya Universiti Malaya yang ditubuhkan dan diperbadankan oleh **Akta ini.

Perlembagaan Universiti Malaya hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang

Perlembagaan hendaklah, pada hari yang ditetapkan, mula berkuat kuasa dan mempunyai kuat kuasa undang-undang dalam Malaysia.

*CATATAN—Jadual telah digantikan melalui P.U. (A) 104/1972 yang kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan melalui P.U. (A) 107/1997. Perenggan 2 Jadual mentakrifkan

“Hari Penubuhan” sebagai tarikh yang ditetapkan di bawah seksyen 1 Akta Universiti Malaya 1961.

**CATATAN—Seksyen 25 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] menyifatkan

Universiti Malaya sebagai suatu Universiti yang ditubuhkan di bawah, dan tertakluk pada, Akta 30.

Universiti Malaya 7

Universiti hendaklah mempunyai pejabat sebagai alamat bagi penyampaian di Malaysia

(2)

Semua writ, surat tuntutan, notis, pliding, perintah, saman, waran atau prosiding lain atau komunikasi bertulis lain hendaklah, jika ditinggalkan di pejabat yang disimpan dan disenggarakan di bawah subseksyen (1), disifatkan telah disampaikan atau diserahkan dengan sewajarnya kepada Universiti atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa yang terhadapnya telah ditujukan, dalam segala prosiding di hadapan mana-mana mahkamah di Malaysia.

Salinan Statut, dsb., hendaklah disimpan di pejabat Universiti

Universiti hendaklah menyimpan di pejabat yang disebut dalam seksyen 4 suatu salinan setiap Statut, Akta, peraturan atau dokumen lain semasa yang dikehendaki untuk diterbitkan di bawah Akta ini atau

Perlembagaan, dan salinan itu hendaklah tersedia pada setiap masa yang munasabah untuk diperiksa oleh orang awam dan, jika apa-apa buku atau salinan dokumen, di bawah Akta ini atau Perlembagaan, dikehendaki tersedia untuk dibeli oleh orang awam, buku atau salinan itu hendaklah disimpan tersedia untuk dibeli di pejabat itu atau di mana-mana tempat lain di dalam Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Universiti.

Pemberian bantuan dan akaun

(1)

Menteri hendaklah membayar apa-apa wang kepada

Universiti sebagaimana yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa sebagai pemberian bantuan Universiti.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 682

(2)

Semua wang yang dibayar kepada Universiti di bawah subseksyen (1) hendaklah digunakan atau dibelanjakan oleh Universiti bagi segala atau apa-apa maksud Universiti mengikut anggaran yang diluluskan di bawah Bahagian V Perlembagaan:

Dengan syarat bahawa mana-mana wang sedemikian yang diuntukkan dan tidak digunakan bagi maksud perbelanjaan tahunan berulang Universiti boleh, menurut budi bicara Universiti, digunakan untuk perbelanjaan modal.

(3)

Suatu salinan akaun Universiti bagi setiap tahun kewangan apabila disediakan dan diaudit menurut Perlembagaan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas audit diselesaikan, dihantar kepada Menteri.

Pengambilan tanah bagi maksud Universiti

(1)

Apabila apa-apa harta tak alih, yang bukan tanah Negeri atau tanah rizab atau tanah yang terletak hak pada sesuatu Negeri atau pada

Persekutuan atau diduduki atau digunakan oleh Persekutuan atau suatu pihak berkuasa awam bagi maksud Persekutuan, diperlukan bagi maksud Universiti dan tidak dapat diambil melalui perjanjian, harta itu boleh diambil mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi suatu maksud awam yang pada masa itu berkuat kuasa di Negeri yang harta itu terletak, dan apa-apa akuan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat walau pun pampasan dikehendaki dibayar daripada wang Universiti, dan akuan itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah ia suatu akuan bahawa tanah itu diperlukan bagi suatu maksud awam yang dibuat mengikut undang-undang bertulis itu.

(2)

Perbelanjaan dan pampasan berkenaan dengan mana-mana harta tak alih yang diambil di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar oleh Universiti.

(3)

Semua harta tak alih yang diambil di bawah seksyen ini hendaklah terletak hak pada Universiti, dan suatu catatan yang

Universiti Malaya 9

bermaksud sedemikian hendaklah dibuat dalam daftar yang bersesuaian oleh pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan.

Perlindungan faedah di bawah skim simpanan

Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi mana-mana skim simpanan:

(a)

tiada jaminan atas nyawa mana-mana pencarum di bawah mana-mana skim simpanan dan tiada wang atau manfaat lain yang diterima di bawah jaminan itu atau mengikut apa-apa cara lain di bawah mana-mana skim sedemikian boleh diambil dalam pelaksanaan atau selainnya digarnis, ditahan, diasingkan atau dilevi bagi atau berkenaan dengan apa-apa jua pun hutang atau tuntutan terhadap pencarum itu atau harta pusakanya melainkan jika

Universiti menurut budi bicaranya, telah menyerahhakkan wang jaminan atau manfaat lain itu kepada pencarum itu untuk kegunaan dan manfaat mutlaknya atau, dalam hal kematian pencarum, kepada wakil dirinya di sisi undang-undang;

(b)

tertakluk pada apa-apa amanah atau kuasa budi bicara tentang penggunaannya yang terletak hak oleh mana-mana Akta atau kaedah-kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan pada Universiti atau orang lain yang mentadbirkan skim simpanan itu, semua wang dan manfaat yang terbit daripada mana-mana skim simpanan itu hendaklah disifatkan teramanah untuk orang yang berhak kepadanya menurut wasiat atau kematian tidak berwasiat mana-mana pencarum yang mati tidak berwasiat;

(c)

tiada derma atau caruman kepada sesuatu kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah suatu skim simpanan atau bunga atas derma atau caruman itu boleh diserah hak atau dipindah milik atau boleh ditahan, diasingkan atau dilevi bagi atau berkenaan dengan apa-apa jua pun hutang

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 682

atau tuntutan apa-apa jua pun selain suatu hutang yang kena dibayar kepada Universiti;

(d)

tiada apa-apa derma atau caruman atau bunga boleh tertakluk pada hutang pencarum, begitu juga tiada apa-apa derma, caruman atau bunga itu boleh berpindah kepada Ketua Pengarah Insolvensi atas apa-apa kebankrapan pencarum itu, tetapi, jika pencarum itu dihukum bankrap atau diisytiharkan tidak berkemampuan menurut penghakiman Mahkamah, derma atau caruman atau bunga itu hendaklah, tertakluk pada Akta ini dan

Perlembagaan dan mana-mana Akta atau kaedah-kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan itu, disifatkan teramanah untuk orang yang berhak kepadanya atas kematian pencarum itu;

(e)

kebankrapan seseorang pencarum tidak menjejaskan potongan yang dibuat daripada gaji pencarum itu mengikut mana-mana Akta atau kaedah-kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan itu, tetapi potongan itu hendaklah terus dibuat walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, dan bahagian gaji yang dipotong sedemikian hendaklah disifatkan bukan sebahagian daripada hartanya yang diperoleh kemudian;

(f)

tertakluk pada mana-mana Akta atau kaedah-kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan itu, semua wang yang kena dibayar atau dibayar daripada mana-mana kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah suatu skim simpanan apabila seseorang pencarum mati hendaklah disifatkan teramanah untuk orang yang berhak kepadanya menurut wasiat atau kematian tidak berwasiat, pencarum yang mati itu, atau menurut suatu penamaan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan di bawah skim itu, tetapi tidaklah boleh disifatkan menjadi sebahagian daripada harta pusakanya atau tertakluk pada pembayaran hutangnya.

Universiti Malaya 11

Penguatkuasaan peruntukan peralihan di Malaysia

Mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat oleh Gabenor dalam

Majlis Mesyuarat, dan diluluskan oleh Dewan Undangan Singapura di bawah Ordinan Universiti Malaya 1949 [Ord. No. 12 Tahun 1949]

yang berkaitan dengan—

(a)

terma dan syarat perkhidmatan orang yang ditukarkan daripada perkhidmatan

Kerajaan

Singapura, atau daripada Majlis Mesyuarat Kolej Raffles atau Kolej

Perubatan King Edward VII, kepada perkhidmatan

Universiti;

(b)

penerusan kuat kuasa mana-mana skim simpanan dan obligasi dan kewajipan Universiti di bawah skim simpanan itu;

(d)

pentafsiran dan tafsiran dalam apa-apa dokumen bagi apa-apa sebutan mengenai Kolej Raffles atau Kolej

Perubatan King Edward VII atau mengenai Majlis

Mesyuarat atau Pengetua mana-mana Kolej itu; atau

(e)

pemindahan kepada

Universiti apa-apa hak, keistimewaan atau kuasa Majlis Mesyuarat Kolej Raffles atau Majlis Mesyuarat Kolej Perubatan King Edward VII atau pelaksanaan oleh Universiti apa-apa kewajipan atau obligasi yang dikenakan ke atas mana-mana Majlis itu, hendaklah, setakat yang kaedah-kaedah itu boleh terpakai di dalam

Malaysia, mengikat Universiti dan semua orang lain di Malaysia seolah-olah kaedah–kaedah itu ialah kaedah-kaedah yang telah diberi kuasa dan dibuat dengan sewajarnya di bawah Akta ini.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 682

Kuasa untuk membuat pindaan kecil undang-undang sedia ada

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui perintah, membuat apa-apa pindaan, ubah suaian dan penyesuaian undang-undang sedia ada sebagaimana yang didapati perlu atau suai manfaat bagi pertukaran kepada mana-mana pegawai atau anggota, atau orang lain yang bersekutu dengan Universiti apa-apa fungsi yang terletak hak pada mana-mana pegawai atau anggota, atau orang lain yang bersekutu dengan Kolej Raffles atau Kolej Perubatan King Edward VII, dan bagi memberi mana-mana pemegang sesuatu ijazah atau diploma Universiti itu keistimewaan yang serupa dengan keistimewaan yang diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis kepada pemegang mana-mana diploma yang serupa atau yang bersamaan daripada mana-mana

Kolej itu.

(2)

Bagi maksud seksyen ini “undang-undang sedia ada” ertinya undang-undang yang berkuat kuasa pada

Hari

Penubuhan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Perlembagaan.

Pengecualian daripada duti harta pusaka

Tiada duti harta pusaka boleh kena dibayar berkenaan dengan amaun apa-apa bekues kepada Universiti, dan nilai harta yang berpindah atas kematian seorang si mati hendaklah disifatkan tidak termasuk amaun bekues itu bagi maksud menetapkan kadar duti harta pusaka.

JADUAL

(Ditinggalkan)

13

Akta 682

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 104/1972

Perlembagaan Universiti Malaya

01-01-1972

P.U. (A) 110/1978

Perintah Universiti Malaya (Pengecualian)

1978

25-03-1978

P.U. (A) 107/1997

Perlembagaan Universiti Malaya 01-03-1997

SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU

BAHAGIANNYA YANG DIGANTI

No.

Tajuk

No. 17 tahun 1949

Ordinan Universiti Malaya 1949

14

Akta 682

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

— TIADA —

Common questions

What is Akta Universiti Malaya 1961?
Akta Universiti Malaya 1961 is Malaysia Act, cited as Act 682 1961, currently marked in force and first recorded in 1961.
Is Akta Universiti Malaya 1961 still in force?
Yes — Akta Universiti Malaya 1961 is currently in force.
When did Akta Universiti Malaya 1961 take effect?
Akta Universiti Malaya 1961 was first recorded in 1961.
How many sections does Akta Universiti Malaya 1961 have?
Akta Universiti Malaya 1961 contains 12 sections.
Where can I read the official version of Akta Universiti Malaya 1961?
The official text of Akta Universiti Malaya 1961 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Universiti Malaya 1961 (No. 682) | mylaw.my