Skip to content
ActIn force

Akta Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri (Tatacara Kewangan dan Perakaunan) 1980

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1980
Sections
12
Languages
MS · EN

Akta Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri (Tatacara Kewangan dan Perakaunan) 1980 is Malaysia Act, cited as Act 230 1980, currently marked in force and first recorded in 1980.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG

KEMAS KINI

AKTA KUMPULAN WANG BEKALAN

AIR NEGERI (TATACARA

Sebagaimana pada 1 Disember 2011

2

Tarikh Perkenan Diraja … … … … … … … 9 Jun 1980

Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … … 12 Jun 1980

Tarikh yang ditetapkan untuk

Akta Penyemakan

Undang-Undang 1968

(Akta 1) … … … … 14hb Disember 198

3

Akta 230

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalan dan pengurusan Kumpulan Wang Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri-Negeri dan untuk mengadakan peruntukan yang berhubungan dengan tatacara kewangan dan perakaunan, termasuk tatacara mengenai pemungutan, penyimpanan dan pembayaran wang ke dalam Kumpulan Wang dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [Lihat Lampiran] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa, pemakaian dan pemansuhan
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Bekalan Air

Negeri (Tatacara Kewangan dan Perakaunan) 1980 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada apa-apa tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa

Negeri, selepas berunding dengan Menteri, berhubung dengan Negeri tersebut melalui pemberitahuan dalam Warta.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Semenanjung Malaysia tetapi tidak terpakai bagi Negeri yang suatu Pihak Berkuasa Air telah ditubuhkan oleh undang-undang Negeri.

(3)

Pada tarikh yang ditetapkan, undang-undang Negeri yang berkenaan yang berhubungan dengan Kumpulan Wang Bekalan Air yang ditubuhkan

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 230

Opening note

Preamble

  1. menurut perenggan 10(4)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] adalah dimansuhkan. Tafsiran
(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain ─

*“Jabatan Air” ertinya suatu bahagian dalam Jabatan Kerja Raya bagi

Negeri yang bertanggungjawab bagi bekalan air dan jika bersesuaian, suatu jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab bagi bekalan air;

“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;

“Pengarah” ertinya pegawai yang ditetapkan sebagai sedemikian bagi maksud Akta ini oleh Pihak Berkuasa Negeri dan termasuk seseorang pegawai yang menjalankan kuasanya dan melaksanakan tugasnya menepati dengan arahannya;

“Pihak Berkuasa Air” ertinya pihak berkuasa yang berkenaan yang ditubuhkan di bawah undang-undang Negeri bagi pentadbiran bekalan air dalam Negeri itu;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Pihak

Berkuasa Negeri menurut subseksyen 1(1).

Kumpulan Wang Bekalan Air

(1)

Maka hendaklah ditubuhkan oleh Negeri, jika Kumpulan Wang berkenaan tidak ditubuhkan, suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai

Kumpulan Wang Bekalan Air, yang dalam Akta ini disebut sebagai

“Kumpulan Wang”.

__________________________________________________________________________

*CATATAN─ “Jabatan Air” pada masa kini terletak di bawah Kementerian Tenaga,

Teknologi Hijau dan Air ─ lihat P.U. (A) 222/2009.

Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri 7

(Tatacara Kewangan dan Perakaunan)

(2)

Kumpulan Wang itu hendaklah dikawal dan dikendalikan oleh

Pengarah mengikut peruntukan Akta ini dan segala transaksi kewangan

Jabatan Air hendaklah dibuat melalui Kumpulan Wang itu.

Wang yang dikehendaki untuk dibayar ke dalam Kumpulan Wang

Walau apa pun peruntukan yang berkaitan dalam Akta Tatacara

Kewangan 1957 atau mana-mana undang-undang bertulis lain, hendaklah dibayar dari semasa ke semasa ke dalam Kumpulan Wang ─

(a)

apa-apa jumlah wang yang diuntukkan oleh Negeri bagi maksud bekalan air;

(b)

baki yang ada dalam Akaun Amanah Negeri berkenaan yang dinyatakan bagi maksud bekalan air;

(c)

apa-apa jumlah wang yang merupakan hasil daripada apa-apa jua pinjaman yang diperdapatkan oleh Negeri di bawah undang-undang Negeri yang berkenaan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan bagi maksud bekalan air;

(d)

wang yang diperoleh melalui pengendalian sesuatu projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;

(e)

segala sewa, hasil jualan, keuntungan dan pendapatan serta hasil lain yang diterima oleh Negeri itu berkenaan dengan bekalan air secara langsung atau tidak langsung daripada aset yang dibayar daripada Kumpulan Wang;

(f)

segala jumlah wang atau harta lain yang dengan apa cara jua pun kena dibayar atau terletak hak pada Negeri itu berkenaan dengan bekalan air sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 230

Penggunaan wang dalam Kumpulan Wang

Walau apa pun peruntukan yang berkaitan dalam Akta Tatacara

Kewangan 1957 atau mana-mana undang-undang bertulis lain, wang yang berada dalam kredit Kumpulan Wang boleh digunakan oleh Pengarah bagi maksud yang berikut:

(a)

membayar saraan kepada Pengarah dan orang lain yang berkhidmat dalam Jabatan Air termasuk caruman kepada

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau skim lain yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri berkenaan dengan orang itu;

(b)

membayar barangan dan perkhidmatan yang diperoleh bagi maksud perkhidmatan bekalan air dan perbelanjaan memperoleh harta alih dan harta tak alih yang berkenaan dengan atau bersampingan dengan penjalanan kerja dan perkhidmatan, yang berhubungan dengan bekalan air, sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan;

(c)

membayar kepada

Akaun-akaun

Disatukan

Negeri yang berkenaan sebagai bayaran ganti berkenaan dengan ─

(i)

bunga dan bayaran lain dan pembayaran balik wang pokok atas pinjaman yang diperdapatkan oleh Negeri, sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, bagi maksud bekalan air;

(ii)

apa-apa wang yang dikehendaki untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award terhadap Negeri oleh mana-mana mahkamah atau tribunal berkaitan dengan pengendalian perkhidmatan bekalan air;

(d)

membuat bayaran bagi menjelaskan apa-apa tanggungan berkenaan dengan perkhidmatan bekalan air menurut Enakmen

Bekalan Air Negeri;

Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri 9

(Tatacara Kewangan dan Perakaunan)

(e)

membayar royalti ke atas air yang belum dibersihkan dan ditapis yang diambil daripada mana-mana punca atau punca-punca yang ditetapkan;

(f)

pembayaran apa-apa perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh Jabatan Air dalam mengendalikan atau menyelenggarakan perkhidmatan bekalan air dalam Negeri menurut Enakmen Bekalan Air Negeri itu.

Kewangan

(1)

Pengarah hendaklah pada tiap-tiap tahun, tidak lewat daripada 31

Ogos dalam tahun itu, mengemukakan kepada Pegawai Kewangan Negeri untuk kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri suatu penyata anggaran pendapatan dan perbelanjaan pengendalian Jabatan Air berkenaan dengan tahun kewangan berikutnya, jumlah wang tunai yang dikehendaki untuk mengendalikan, dan perbelanjaan pembangunan yang hendak dilakukan berkenaan dengan perkhidmatan tersebut sepanjang tahun itu dan sumber yang daripadanya wang yang hendak dibelanjakan itu dicadang hendak didapatkan.

(2)

Pengarah hendaklah juga mengemukakan butiran lengkap mengenai rancangan pembangunan yang dia bercadang hendak jalankan dalam tahun kewangan yang berikutnya dan perkara lain yang berhubungan dengan perkhidmatan bekalan air sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak

Berkuasa Negeri.

Dasar kewangan berkenaan dengan perkhidmatan bekalan air

Dalam hal pentadbiran Akta ini dan Enakmen Bekalan Air Negeri yang berhubung dengan perkhidmatan bekalan air, Pengarah hendaklah mengikuti suatu dasar yang bertujuan mencapai, berkenaan dengan tiap-tiap tahun kewangan, apa jua hasil dari segi kewangan sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri selepas berunding dengan Pegawai Kewangan

Negeri.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 230

Akaun-akaun perniagaan

(1)

Walau apa pun peruntukan yang berkaitan dalam Akta Tatacara

Kewangan 1957 dan mana-mana peraturan yang dibuat dan perintah yang dikeluarkan di bawahnya, segala buku dan akaun Jabatan Air hendaklah disenggarakan mengikut prinsip dan amalan perakaunan perniagaan yang diterima umum.

(2)

Segala aset dan tanggungan Jabatan Air hendaklah mulai dari tarikh yang ditetapkan itu dimasukkan dalam akaun-akaun yang disebut dalam subseksyen (1) dan nilai bersih aset dan tanggungan itu hendaklah dianggap sebagai modal Kerajaan Negeri yang dilaburkan dalam Jabatan Air pada tarikh itu.

(3)

Pengarah dengan persetujuan Pegawai Kewangan Negeri hendaklah mengeluarkan arahan dan perintah tentang cara segala buku dan akaun itu hendak diselenggarakan dan bentuk penyata akaun yang hendak dikemukakan untuk diaudit.

Lebihan

Maka hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang ke dalam Akaun

Hasil Disatukan Negeri apa-apa jumlah wang yang ditentukan oleh Menteri

Besar setelah berunding dengan Pegawai Kewangan Negeri sebagai lebihan kepada kehendak Kumpulan Wang dalam mana-mana tahun kewangan.

Akaun dan audit

(1)

Akaun-akaun perniagaan Jabatan Air hendaklah diaudit oleh Ketua

Audit Negara dan peruntukan Akta Audit 1957 [Akta 62] hendaklah terpakai.

(2)

Pengarah hendaklah, tidak lewat daripada 31 Mac dalam tahun yang berikutnya, atau suatu tarikh terkemudian yang tidak lewat daripada 31 Julai dalam tahun itu, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri

Besar, menghantar kepada Ketua Audit Negara penyata-penyata kewangan tentang akaun-akaun perniagaan yang disebut dalam subseksyen (1) yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira, penyata

Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri 11

(Tatacara Kewangan dan Perakaunan)

untung rugi dan apa-apa penyata sokongan yang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri Besar.

(3)

Penyata-penyata yang telah diaudit bersama dengan pemerhatian

Ketua Audit Negara mengenainya hendaklah dikemukakan kepada Menteri

Besar yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan dalam Dewan

Undangan Negeri.

Kecualian

Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, peruntukan Akta Tatacara Kewangan 1957 dan mana-mana peraturan yang dibuat dan perintah yang dikeluarkan di bawahnya hendaklah terpakai bagi

Pengarah dan orang lain yang berkhidmat dalam Jabatan Air.

Kuasa membuat kaedah-kaedah

Menteri Besar boleh dengan persetujuan Menteri membuat apa-apa kaedah yang diperlukan bagi maksud Akta ini.

12

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari yang meminda

─ TIADA─

_____________

13

AKTA KUMPULAN WANG BEKALAN AIR NEGERI

(TATACARA KEWANGAN DAN PERAKAUNAN) 1980

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

─ TIADA─

____________

14

(LAMPIRAN)

Tarikh mula berkuat kuasa Akta 230 di Negeri yang berikut:

Negeri

Tarikh berkuat kuasa

No. Kuasa

Kedah …

…

…

…

…

01-01-1984

K. PU 1/1984

Perak

…

…

…

…

…

01-01-1981

PK. PU 42/1981

__________________

Common questions

What is Akta Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri (Tatacara Kewangan dan Perakaunan) 1980?
Akta Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri (Tatacara Kewangan dan Perakaunan) 1980 is Malaysia Act, cited as Act 230 1980, currently marked in force and first recorded in 1980.
Is Akta Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri (Tatacara Kewangan dan Perakaunan) 1980 still in force?
Yes — Akta Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri (Tatacara Kewangan dan Perakaunan) 1980 is currently in force.
When did Akta Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri (Tatacara Kewangan dan Perakaunan) 1980 take effect?
Akta Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri (Tatacara Kewangan dan Perakaunan) 1980 was first recorded in 1980.
How many sections does Akta Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri (Tatacara Kewangan dan Perakaunan) 1980 have?
Akta Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri (Tatacara Kewangan dan Perakaunan) 1980 contains 12 sections.
Where can I read the official version of Akta Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri (Tatacara Kewangan dan Perakaunan) 1980?
The official text of Akta Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri (Tatacara Kewangan dan Perakaunan) 1980 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.