Skip to content
ActIn force

Akta Perkhidmatan Bersama (Pegawai Hal-Ehwal Islam) 1997

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1997
Sections
8
Languages
MS · EN

Akta Perkhidmatan Bersama (Pegawai Hal-Ehwal Islam) 1997 is Malaysia Act, cited as Act 573 1997, currently marked in force and first recorded in 1997.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA

YANG KEMAS KINI

Akta 573

(PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM)

1997

Sebagaimana pada 1 Disember 2011

2

Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 7 Julai 1997

Tarikh penyiaran dalam Warta … … 24 Julai 1997

3

Akta 573

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan suatu perkhidmatan bagi Pegawai Hal Ehwal Islam untuk kegunaan bersama Persekutuan dan Negeri, dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [15 Ogos 1997, P.U. (B) 318/1997]

Opening note

Preamble

  1. BAHAWASANYA adalah suai manfaat bahawa suatu perkhidmatan bagi Pegawai Hal Ehwal Islam untuk kegunaan bersama Persekutuan dan Negeri ditubuhkan untuk mempertingkatkan jentera Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam: DAN BAHAWASANYA terdapat permintaan daripada Negeri tertentu supaya perkhidmatan sedemikian ditubuhkan: OLEH YANG DEMIKIAN, menurut Fasal (1) Perkara 133 Perlembagaan Persekutuan, MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkhidmatan Bersama

(Pegawai Hal Ehwal Islam) 1997 dan hendaklah mula berkuat kuasa

6 Undang-undang Malaysia AKTA 573

pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi Wilayah-Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan dan Negeri Melaka, Negeri

Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), jika mana-mana Negeri lain membuat permintaan kepada

Kerajaan

Persekutuan supaya pemakaian Akta ini diperluas kepadanya, Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta memperluas pemakaian Akta ini kepada Negeri itu.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Negeri”

termasuklah

Wilayah-Wilayah

Persekutuan

Kuala

Lumpur dan Labuan;

“pegawai” ertinya pegawai perkhidmatan bersama;

“perkhidmatan bersama” ertinya Perkhidmatan Bersama bagi

Pegawai Hal Ehwal Islam yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“saraan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Fasal (2)

Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan di bawah Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan.

Penubuhan perkhidmatan bersama

(1)

Maka hendaklah ditubuhkan suatu perkhidmatan bersama bagi Pegawai Hal Ehwal Islam untuk kegunaan bersama Persekutuan

Perkhidmatan Bersama (Pegawai Hal Ehwal Islam) 7

dan Negeri-Negeri yang hendaklah dikenali sebagai Perkhidmatan

Bersama bagi Pegawai Hal Ehwal Islam.

(2)

Perkhidmatan bersama hendaklah terdiri daripada—

(a)

semua pegawai, selain Mufti, sama ada dalam perkhidmatan awam am Persekutuan atau dalam perkhidmatan awam

Negeri, yang diambil kerja di bawah Sistem Perkhidmatan

Pegawai Hal Ehwal Islam di bawah Sistem Saraan Baru dan telah memilih untuk memasuki perkhidmatan bersama di bawah seksyen 7; dan

(b)

semua pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya ke dalam perkhidmatan bersama selepas Akta ini mula berkuat kuasa.

Pelantikan pegawai, dsb.

Kuasa untuk melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai hendaklah terletak hak pada Suruhanjaya.

Penempatan pegawai

Seseorang pegawai boleh ditempatkan di pejabat Persekutuan atau Negeri atau ditukarkan—

(a)

dari pejabat satu Negeri ke pejabat suatu Negeri lain;

(b)

dari pejabat sesuatu Negeri ke pejabat Persekutuan; atau

(c)

dari pejabat Persekutuan ke pejabat suatu Negeri.

8 Undang-undang Malaysia AKTA 573

Saraan pegawai

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pegawai yang ditempatkan atau ditukarkan di bawah seksyen 5 hendaklah kekal sebagai anggota perkhidmatan bersama, tetapi saraannya hendaklah dibayar oleh Persekutuan atau Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang di pejabatnya dia ditempatkan atau ke pejabatnya dia ditukarkan.

(2)

Jika seseorang pegawai diambil kerja—

(a)

sebahagiannya bagi maksud persekutuan dan sebahagiannya bagi maksud Negeri; atau

(b)

bagi maksud dua Negeri atau lebih, perkadaran saraannya, jika ada, yang kena dibayar oleh Persekutuan dan Negeri atau Negeri-Negeri yang berkenaan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh setiap Negeri yang berkenaan, hendaklah ditentukan dengan persetujuan atau, jika tidak ada persetujuan, oleh

Suruhanjaya.

Pegawai yang sedia ada

(1)

Kerajaan Persekutuan hendaklah, pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, menerima ke dalam perkhidmatan bersama tiap-tiap orang yang sebelum sahaja tarikh itu ialah seorang pegawai, sama ada dalam perkhidmatan awam am Persekutuan atau dalam perkhidmatan awam suatu Negeri, yang diambil kerja di bawah Skim Perkhidmatan

Pegawai Hal Ehwal Islam di bawah Sistem Saraan Baru dan yang telah diberi opsyen oleh Kerajaan Persekutuan dan telah memilih untuk memasuki perkhidmatan bersama.

(2)

Tiap-tiap orang yang memilih di bawah subseksyen (1)

hendaklah diambil kerja dalam perkhidmatan bersama atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan

Perkhidmatan Bersama (Pegawai Hal Ehwal Islam) 9

syarat perkhidmatan yang dia berhak kepadanya sebelum sahaja tarikh yang disebut dalam subseksyen itu.

Peraturan-peraturan

Yang di-Pertuan Agong boleh membuat peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.

____________________________

10

Akta 573

(PENGAWAI HAL EHWAL ISLAM) 1997

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─

_____________

11

Akta 573

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─

_____________

Common questions

What is Akta Perkhidmatan Bersama (Pegawai Hal-Ehwal Islam) 1997?
Akta Perkhidmatan Bersama (Pegawai Hal-Ehwal Islam) 1997 is Malaysia Act, cited as Act 573 1997, currently marked in force and first recorded in 1997.
Is Akta Perkhidmatan Bersama (Pegawai Hal-Ehwal Islam) 1997 still in force?
Yes — Akta Perkhidmatan Bersama (Pegawai Hal-Ehwal Islam) 1997 is currently in force.
When did Akta Perkhidmatan Bersama (Pegawai Hal-Ehwal Islam) 1997 take effect?
Akta Perkhidmatan Bersama (Pegawai Hal-Ehwal Islam) 1997 was first recorded in 1997.
How many sections does Akta Perkhidmatan Bersama (Pegawai Hal-Ehwal Islam) 1997 have?
Akta Perkhidmatan Bersama (Pegawai Hal-Ehwal Islam) 1997 contains 8 sections.
Where can I read the official version of Akta Perkhidmatan Bersama (Pegawai Hal-Ehwal Islam) 1997?
The official text of Akta Perkhidmatan Bersama (Pegawai Hal-Ehwal Islam) 1997 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.