Skip to content

Seksyen 3

Penubuhan perkhidmatan bersama

of Akta Perkhidmatan Bersama (Pegawai Hal-Ehwal Islam) 1997

ActIn forceProvision 3 of 8
Seksyen 3

(1)

Maka hendaklah ditubuhkan suatu perkhidmatan bersama bagi Pegawai Hal Ehwal Islam untuk kegunaan bersama Persekutuan

Perkhidmatan Bersama (Pegawai Hal Ehwal Islam) 7

dan Negeri-Negeri yang hendaklah dikenali sebagai Perkhidmatan

Bersama bagi Pegawai Hal Ehwal Islam.

(2)

Perkhidmatan bersama hendaklah terdiri daripada—

(a)

semua pegawai, selain Mufti, sama ada dalam perkhidmatan awam am Persekutuan atau dalam perkhidmatan awam

Negeri, yang diambil kerja di bawah Sistem Perkhidmatan

Pegawai Hal Ehwal Islam di bawah Sistem Saraan Baru dan telah memilih untuk memasuki perkhidmatan bersama di bawah seksyen 7; dan

(b)

semua pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya ke dalam perkhidmatan bersama selepas Akta ini mula berkuat kuasa.

Pelantikan pegawai, dsb.