Seksyen 7
Pegawai yang sedia ada
of Akta Perkhidmatan Bersama (Pegawai Hal-Ehwal Islam) 1997
(1)
Kerajaan Persekutuan hendaklah, pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, menerima ke dalam perkhidmatan bersama tiap-tiap orang yang sebelum sahaja tarikh itu ialah seorang pegawai, sama ada dalam perkhidmatan awam am Persekutuan atau dalam perkhidmatan awam suatu Negeri, yang diambil kerja di bawah Skim Perkhidmatan
Pegawai Hal Ehwal Islam di bawah Sistem Saraan Baru dan yang telah diberi opsyen oleh Kerajaan Persekutuan dan telah memilih untuk memasuki perkhidmatan bersama.
(2)
Tiap-tiap orang yang memilih di bawah subseksyen (1)
hendaklah diambil kerja dalam perkhidmatan bersama atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan
Perkhidmatan Bersama (Pegawai Hal Ehwal Islam) 9
syarat perkhidmatan yang dia berhak kepadanya sebelum sahaja tarikh yang disebut dalam subseksyen itu.