Skip to content

Seksyen 6

Saraan pegawai

of Akta Perkhidmatan Bersama (Pegawai Hal-Ehwal Islam) 1997

ActIn forceProvision 6 of 8
Seksyen 6

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pegawai yang ditempatkan atau ditukarkan di bawah seksyen 5 hendaklah kekal sebagai anggota perkhidmatan bersama, tetapi saraannya hendaklah dibayar oleh Persekutuan atau Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang di pejabatnya dia ditempatkan atau ke pejabatnya dia ditukarkan.

(2)

Jika seseorang pegawai diambil kerja—

(a)

sebahagiannya bagi maksud persekutuan dan sebahagiannya bagi maksud Negeri; atau

(b)

bagi maksud dua Negeri atau lebih, perkadaran saraannya, jika ada, yang kena dibayar oleh Persekutuan dan Negeri atau Negeri-Negeri yang berkenaan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh setiap Negeri yang berkenaan, hendaklah ditentukan dengan persetujuan atau, jika tidak ada persetujuan, oleh

Suruhanjaya.