Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 · Updated to 31 Aug 2006 · Bahagian VII
34. Kuasa Menteri untuk mewakilkan
Feedback & support(1)
Menteri boleh, tertakluk kepada syarat, batasan atau sekatan yang ditetapkan olehnya, mewakilkan kepada Lembaga untuk menjalankan, atau melaksanakan mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah Akta ini.
(2)
Pewakilan kuasa di bawah seksyen ini—
(a)
boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Menteri; dan
(b)
tidak menghalang Menteri daripada menjalankan, menunaikan atau melaksanakan kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan itu dalam apa-apa perkara yang dianggap wajar baginya untuk berbuat demikian.