Skip to content
In forceUpdated to 31 Aug 2006Read it in English

Bahagian VII

41. Penyampaian

Feedback & support
(1)

Penyampaian apa-apa notis di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya hendaklah dilaksanakan melalui pos berdaftar kepada orang yang terjejas olehnya dan hendaklah disifatkan telah disampaikan pada hari selepas hari notis tersebut sepatutnya telah sampai melalui perjalanan biasa pos.

(2)

Jika orang yang kepadanya dialamatkan suatu surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah

Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya dimaklumkan secara lisan atau bertulis tentang hakikat bahawa terdapat surat berdaftar yang menantinya di pejabat pos, dan orang itu enggan, cuai atau gagal untuk mengambil surat berdaftar itu, maka notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh dia dimaklumkan sedemikian.

Report

Bahagian VIII

Peralihan

Schedules